loading...
  • Breaking News

    Saturday, September 2, 2017

    Mengapa berebut anak setelah bercerai?


    Seringkali apabila ada pasangan bercerai, anak-anak yang menjadi mangsa. Sama ada adik beradik dipisahkan atau kesemuanya diperintah untuk dijaga oleh seorang penjaga sama ada bapa atau ibu. 

    Baru-baru ini juga, ada kes seorang lelaki dan bekas isterinya berebut hak penjagaan anak sehingga hampir mengorbankan nyawa mereka bertiga. Bertambah teruk apabila kejadian itu juga turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah dek masalah perebutan anak mereka. 

    Kenapa begitu? Kerana dendam yang semakin membara dan tidak akan terpadam selagi tidak puas melihat bekas pasangannya menderita. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Normaliza Mahadi, anak hanyalah bahan dendam untuk mereka mencapai kepuasan. 


    ANDA perasan tak? Sewaktu masih berkahwin, jarang sekali melihat suami atau isteri berebut nak menjaga anak, berebut nak mandikan anak, berebut nak tidurkan anak, berebut nak suap anak makan, berebut itu dan ini. Aneh, kan? 

    Tetapi apabila bercerai, ramai pasangan berebut anak sehingga menjadi seperti pesta di mahkamah. Mengapa berebut setelah bercerai? Kerana pada masa itu, anak hanyalah bahan dendam. Anak dijadikan tebusan perasaan. Anak akan menjadi lambang kepuasan. 


    Ada ibu yang sorok anak dari dakapan bapa. Ada bapa putuskan susu pada bayi yang belum mengerti apa-apa. Sebab apa? Kerana puas melihat satu lagi pasangan menderita dengan perpisahan. 

    Kejam ibu dan bapa. Hanya kerana mereka berdua bukan lagi keluarga, anak jadi hancur. 

    Kepada yang sedang berebut hak penjagaan anak, tanyalah pada iman, bukan syaitan. Doalah semoga Allah menerangkan hati-hati anda. 

    Ibu dan bapa tidak pernah bertukar nama. Suami dan isteri berbekas sentiasa. Anda mahu cerai, anda selesai. Namun anak anda cedera dari segi perasaan dan kehidupan. 



    from The Reporter http://ift.tt/2vzfWly
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment