Hidup ini tidak selamanya kita di atas. Kadangkala Tuhan datangkan dugaan kepada kita untuk kita berfikir sejenak mengenai hubungan kita dengan orang di sekeliling kita dan juga hubungan kita denganNYA.
Lumrah kehidupan kini, kos hidup mengatasi segala-galanya membuatkan suami dan isteri sama-sama mencari rezeki. Tetapi, perkongsian dari pemuda ini membuatkan kita kagum dengan rencana yang telah diaturkan kepadanya.
Pada mulanya, dia dan isteri masing-masing bekerjaya, tetapi kerana faktor anak, isterinya terpaksa berhenti kerja. Dugaan tidak terhenti di situ saja, kemudian dia pula diberhentikan kerja. Tetapi dia percaya, ada rezeki apabila berbuat baik pada isteri dan anak-anak.
"Nak berhenti kerja ke tak?"
Ini berlaku pada saya dan isteri. Saya ada cakap pada isteri, nanti anak dah masuk sekolah rendah, darjah satu, berhentilah kerja,jaga anak-anak, besarkan anak-anak, ajar dia kerja-kerja sekolah. Saya tak nak pagi-pagi dia tunggu van depan rumah seorang-seorang. Umur baru tujuh tahun, takut jadi apa-apa. Saya juga tak nak pengasuh ambil alih tugas kami untuk mendidik anak-anak.
Saya berdoa semoga niat untuk menjadikan isteri surirumah sepenuh masa itu termakbul dan saya minta Allah cukupkan rezeki saya untuk menanggung isteri dan anak-anak.
Memang dah set sebelum kahwin lagi pun yang saya nak kerja betul-betul, cari duit, ubah hidup saya supaya saya boleh 'letak isteri di rumah'. Planning untuk 3, 4 tahun akan datang.
Pastu isteri tanya, "Nanti cukup ke?"
"Insyaallah cukup, kalau tak cukup pun, kita buat bagi cukup," saya kata.
Nak dijadikan cerita, pengasuh saya mengandung. Setelah hampir 10 tahun dia tunggu, dia mengandung anak yang ketiga, insyaAllah gembira untuk dia, kurang gembira untuk saya dan isteri. Siapa yang akan jaga anak saya yang tiga orang itu selepas ini? Budak-budak dah besar tiga tahun, empat tahun, dah kenal orang ini, mana mahu tukar orang baru. Then pattern shif pula. Dua orang jaga siang, satu orang jaga malam sebab yang kecil itu masih breastfeed ikut jadual isteri.
Hmm tak apalah, saya cakap pada isteri, "tanya pengasuh, dia nak jaga sampai bila,". Dia kata, dia jaga setakat mana yang dia larat. So, mungkin sampai dia saratlah kot, lagi empat, lima bulan. Sempat agaknya untuk saya bersedia.
Tetapi, kasihan pengasuh itu, bukan rezeki dia, dia keguguran dan nak kena pantang. Dia cakap tak dapat jaga anak lagi dah. Jadi, immediately isteri saya ambil semua cuti yang dia ada. Annual leave, unpaid leave, MC sampai habis sehinggalah bos tempat kerja call tanya,”Nak datang kerja atau tak?"
Fikir punya fikir, wife ada hutang dia, saya ada hutang saya. Dua-dua hutang banyak lagi. Kereta seorang sebuah, PTPTN lagi, duit rumah lagi, anak-anak akan hantar ke tadika lagi. Dua pendapatan, akan jadi satu. Macam mana nak hidup? Tak cukup saving pun tak banyak, cukup-cukup sahaja. Wife terpaksa juga berenti dan saya kerja seorang.
Baru tengah sesuaikan diri, kami diuji lagi. Selepas enam bulan wife berhenti kerja, saya pula diberhentikan kerja disebabkan kilang yang saya kerja itu nak kurangkan pekerja. Sektor oil and gas ramai yang diberhentikan dan dapat gaji tiga bulan.
Saya dah pening. Wife tak kerja, saya pun bakal tak kerja. Dalam satu hari, beratus-ratus saya apply dalam jobstreet, linkedin, contact semua member-member, contact bos-bos lama. Bos-bos lama semua bagi respon yang positif, nak saya kembali bekerja dengan diorang. Respon dari application saya pun menggalakkan dan banyak company call panggil interview.
Semua saya pergi dan saya tengok, mana yang boleh bagi gaji yang lebih kurang dengan gaji saya sekarang ini. Nak dapat gaji rendah sangat, komitmen banyak. Saya pun terimalah tawaran bekerja di satu kilang ini, gaji kurang RM300 dari gaji lama, jauh pulak dari rumah. Baru masuk dua hari, bos lama berbangsa Cina telefon, bagi gaji lebih RM 1,000 dari gaji sekarang.
Allahu lebih RM 1,000. Rupanya, Allah tarik sesuatu untuk nak bagi sesuatu. Sekarang, gaji ada lebih RM1,000 plus tiga bulan duit pampasan.
Alhamdulillah, kini dah setahun pun kerja seorang, masih cukup. Sangat-sangat ajaib sebab "duit cukup" walhal dua pendapatan jadi satu kot. Hutang masih sama. Hidup disesuaikan dengan pendapatan yang ada. Kalau dulu, bila-bila masa boleh pergi bercuti, sekarang ini, kena planning, kumpul duit berbulan-bulan baru boleh pergi. Beli barang keperluan pulak, dulu ambil saja apa nak ambil, masuk troli, sekarang kena buat list apa yang tak ada, beli cuma benda yang tak ada saja.
Banyak perubahan untuk menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan seorang diri ni, dah tak mewah macam dulu dah. Hidup biasa-biasa sahaja.
Tapi alhamdulillah, masih mencukupi sehingga ke hari ni. Nasihat saya, cuba sedaya upaya untuk penuhi hak-hak isteri, hak-hak anak-anak, jangan berkira dengan diorang then insyaAllah, selebihnya gaji kita itu cukup sampai hujung bulan. Allah yang cukupkan. Kalau isteri kirim suruh beli apa-apa, saya jarang sekali nak kata tak boleh, mesti beli. Sama juga bila anak-anak teringin nak apa-apa, mesti tunaikan juga.
Dan hubungan dengan Pemberi Rezeki itu pun kenalah jaga elok-elok. Semua yang kita dapat ini, datang dari-Nya. Dia yang memberi. Kalau kita "tak baik" dengan DIA, macam mana DIA nak "baik" dengan kita?
Kepada isteri-isteri di luar sana, doa dari kalian yang seorang suami perlukan bagi mencapai impiannya untuk meletakkan kalian di tempat yang sebaiknya untuk kalian.
Sumber: Firdaus Shakirin, Pakar diari hati
from The Reporter https://ift.tt/2z1FkA7
via IFTTT
No comments:
Post a Comment