"Assalamualaikum pada sahabat-sahabat. Saya minta bantuan kalian semua tolong sama mencari isteri saya. Nama Siti Nur Afifah Zahidah Mohd Rahim. Dengar khabar telah dipukau," demikian tweet yang dikongsikan oleh Muhd Danish mengenai kehilangan isteri kepada rakannya di Twitter semalam.
Suaminya, Mahadi Osman membuat laporan polis berhubung kehilangan isterinya itu di Balai Polis Kuantan pada 1 November.
Difahamkan, Mahadi yang merupakan kakitangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Kuantan, hanya mengetahui kehilangan isterinya itu selepas dimaklumkan oleh ibunya.
"31 Oktober jam 4 petang semasa di tempat kerja, saya dimaklumkan oleh ibu saya yang mengatakan isteri saya telah tiada di rumah.
"Isteri saya keluar rumah dalam pada jam lebih kurang 2.30 petang pada hari sama. Isteri saya meninggalkan anak saya di rumah jiran untuk pergi ke bank menaiki Grab. Tetapi sehingga sekarang masih belum pulang," katanya.
Berdasarkan maklumat terkini dari Twitter Danish memaklumkan, Siti dikurung dalam satu bilik sama ada di Kampung Kerayong atau Kampung Batu Kapur sekitar Mentakab.
Justeru, orang ramai yang ternampak wanita berkenaan diminta menghubungi nombor 011-65639530 atau hubungi balai polis berdekatan.
from The Reporter https://ift.tt/2D67Cwe
via IFTTT
No comments:
Post a Comment