loading...
  • Breaking News

    Thursday, November 8, 2018

    'Tak dapat pun pahala free, dapat dosa menipu' - PU Rahmat Ikhsan


    Sehingga ke hari ini, netizen masih lagi berbicara mengenai isu terbaru yang melibatkan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang dikatakan telah mengutuk warna kulit dan wanita hodoh ketika siaran langsung di program Gegar Vaganza 5 (GV5) yang ditajanya. 

    Menyedari diri dikecam teruk oleh netizen dan beberapa selebriti, Aliff kemudian tampil menjelaskan itu semua hanyalah sekadar gimik yang telah dirancang bagi tujuan marketing sahaja. Malah, dia menafikan dakwaan netizen kononnya dia menghina orang berkulit gelap dan wanita bermuka hodoh. 



    Di media sosial, reaksi netizen pula ada yang masih tidak boleh menerima dan sebaliknya. Tetapi bagi segelintir netizen, Aliff dikatakan bijak membuat marketing sehingga semua penonton terperdaya dan akhirnya dia mendapat pahala secara percuma. 

    "Pandai Aliff Syukri buat marketing. Kan semua dah kena game. Tak pasal-pasal dia dapat pahala free," ciap @AmmarOrion di Twitternya. 



    Bagaimanapun, tweet itu mendapat perhatian dari Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan, yang memperbetulkan tanggapan netizen terbabit. 

    "Aliff Syukri tak dapat pun pahala free, dia dapat dosa menipu. Dia dapat dosa sengaja buat orang maki dia. 

    "Dia dapat dosa kutuk Santesh sebab Nabi paling marah orang kutuk Bilal Bin Rabah Budak hitam. Dia dapat dosa fitnah/umpat Amalina pakai susuk. Done," tulisnya. 



    Netizen bersetuju dengan PU Rahmat dan berpendapat bahawa Aliff tidak perlu berlagak seperti mangsa sehingga memuat naik video dirinya menangis di media sosial. 

    "Berlagak macam mangsa, menangis dalam media sosial, konon semua itu gimik. Tiba-tiba semua orang nak tutup mata. Nope. Yang salah tetap salah. Gimik ke, promosi ke, gurauan ke, siapa dia nak insult orang lain. Dia dah tunjuk contoh yang buruk untuk kanak-kanak yang tonton siaran langsung GV5 malam itu," - @haniza110. 



    from The Reporter https://ift.tt/2PLPTkp
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment