loading...
  • Breaking News

    Thursday, December 27, 2018

    Abang tendang 2 adik tirinya sehingga cedera kerana bengang mereka buat bising


    Dua kanak-kanak cedera akibat ditendang oleh abang tirinya yang geram melihat mereka membuat bising, lapor Sinar Harian

    Dalam kejadian jam 11 pagi Khamis lalu, suspek berusia 35 tahun dipercayai menendang dua beradik itu kerana bengang mereka menendang pintu depan rumah dan membuat bising. 

    Suspek yang gagal mengawal diri terus mengamuk dan menendang dua adik tirinya itu sehingga terjatuh. 

    Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun cedera di sikut dan lutut kanan, bahu kiri dan terseliuh di jari kelingking kiri. Manakala abangnya yang berusia 10 tahun mengalami luka di paha kanan dan sakit di bahagian pinggul. 

    Difahamkan, dua beradik terbabit adalah anak tiri kepada bapa suspek, yang baru berkahwin dengan ibu mangsa pada November lalu. 

    Ekoran kejaidan itu, bapa suspek, 71, membuat laporan polis di Balai Polis Chukai, pada hari kejadian. 

    Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine. 

    Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


    from The Reporter http://bit.ly/2AkrVnj
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment