loading...
  • Breaking News

    Thursday, December 27, 2018

    'Dalam masa 5 minit, RM1,800 lesap dari akaun Maybank!' - Mangsa


    Lagi kes individu kehilangan wang dari akaun bank dan kali ini melibatkan pemegang akaun Maybank di mana mangsa mendakwa wang sebanyak RM1,800 lesap dari akaunnya dalam masa lima minit sahaja. 

    Menurut mangsa, Yatie Ahmad, berkata, dia sebelum itu mendapat mesej yag memaklumkan wang dari akaun banknya dipotong untuk pembayaran perkhidmatan penghantaran makanan dari Singapura. Terkejut dengan mesej itu, Yatie terus memindahkan kesemua wangnya ke akaun bank lain.

    Jelas Yatie, dia tidak pernah membuat sebarang urusan dengan syarikat terbabit dan juga tidak masuk akal dia mahu menempah makanan dari negara jiran. 

    Kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Maybank yang kemudian meminta mangsa menunggu selama 45 hari sementara mereka melakukan siasatan. 


    TEMPOH hari kecoh pasal CIMB. Hari ini saya sendiri terkena, duit lesap dalam akaun Maybank. Tak sampai lima minit, RM1,800 lesap dari akaun. Nasib baik telefon ada di tangan, dapat mesej, terus transfer semua duit ke akaun lain. Itu pun mereka sempat rembat RM1,800 dalam masa lima minit. Cepat sungguh mereka buat kerja. 

    Saya tidak pernah berurusan dengan syarikat Deliveroo.com dari Singapura, syarikat yang membuat penghantaran makanan. 

    Saya terus menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank. Pihak Maybank dah batalkan kad debit saya. Tetapi yang tak memuaskan hati ialah, pihak Maybank tidak berani memberi jaminan duit RM1,800 yang hilang itu akan dapat semula atau sebaliknya. 

    Menurut pihak Maybank, transaksi itu dibuat dari luar negara iaitu Singapura. Jadi, perlu mengambil masa dalam 45 hari untuk siasatan. Pihak Maybank akan minta pihak merchant di sana buktikan transaksi itu dar isiapa dan minta wang itu dikembalikan. Tetapi kalau scammer itu memang ada nombor kad kita dan ada details kita, mereka memang tidak akan pulangkan duit itu.

    Mudah saja jawapan mereka kan? Kalau dah scammer, of fourse la mereka ada details kita kan. 

    Bila saya Google merchant ni buat food delivery, haishh! Takkanlah nak order food dari Singapura kot? Gila ke? Tetapi macam sejenis scammer pun ya juga. Memang di Facebook dan di web bersepah orang maki dan komplen. tapi masih boleh beroperasi. Macam mana benda macam ini boleh terlepas pandang? Makin canggih sistem sekarang, makin miskin kita dibuatnya. 


    Nasib baik telefon memang ada di tangan saya. Kalau mereka (scammer) buat kerja tengah malam ketika kita sedang tidur, memang habis licin duit dalam akaun bank.

    Sekarang dah tak selamat nak simpan duit di mana-mana pun. Jadi, apa yang kita patut buat? Simpan duit di bawah tanah seperti zaman P. Ramlee ke?

    Pihak bank kalau nak duit kita, laju je. Kalau bab macam ni (duit pelanggan lesap), lantak pi la kat customer kan? Bukan duit mereka yang hilang. 

    Tujuan saya post benda ini nak kongsi dengna kawan-kawan mengenai apa yang baru terjadi pada saya. Benda baru sangat terjadi. So buatlah sesuatu sebelum duit korang semua pun hilang juga. Pindahkan ke akaun lain ataupun had pengeluaran kad debit itu ditukar menjadi RM0.00 sahaja. 

    Walauapun amaun dalam akaun bank tak banyak, tetapi bagi sesetengah orang bukan senang nak mencari duit banyak di zaman sekarang. 

    Maybank tolonglah bertanggungjawab dan buat sesuatu. Janga main lepas tangan sahaja. "Kalau dah hilang tu, hilang la. Nak buat macam mana?" Senang saja kan? 

    Lagi satu soalan saya, macam mana semudah itu orang boleh godam akaun kami? Macam mana boleh ada ketirisan maklumat sampai orang boleh mendapat info kad debit kami? Kononnya sistem Maybank selamat dan canggih sangat. Kalau canggih sampai papa kedana dibuatnya. Baik patah balik zaman purba kala.

    Sumber: Yatie Ahmad


    from The Reporter http://bit.ly/2PZHg1H
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment