Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kejiranan di kawasan kejadian pada jam 5 petang 17 Disember lalu di Stoke, menunjukkan sebuah kereta sedan berhenti di tepi jalan. Kemudian pemandunya membawa anjingnya ke belakang kereta untuk mengambil tempat tidur haiwan terbabit.
Lelaki itu kemudian meletakkan tempat tidurnya di tepi jalan dan secara tiba-tiba anjing itu pergi ke depan. Di kesempatan itu, lelaki terbabit segera berlari masuk semula ke dalam kereta.
Menyedari tuannya berlari, anjing itu cuba mengejar dan masuk ke dalam kereta tetapi dihalang dari berbuat demikian.
Enggan ditinggalkan, haiwan itu kemudian pergi ke tingkap sebelah penumpang depan kanan, merayu agar dibukakan pintu, tetapi tidak diendahkan.
CCTV shows moment dog is abandoned at side of road right before Christmas pic.twitter.com/eWLewvUr2A— The Independent (@Independent) December 24, 2018
Pemiliknya kemudian meneruskan perjalanan dan sekali lagi dikejar oleh anjingnya yang tidak berputus asa untuk kembali ke pangkuan tuannya. Malangnya, dia tetap ditinggalkan.
Difahamkan, anjing itu ditemui duduk di tempat tidurnya dalam keadaan sedih. Bimbang dengan keselamatannya, anjing yang diberi nama barunya sebagai Snoop diserahkan kepada pihak Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) untuk dijaga.
RSPCA kini sedang menjalankan siasatan dan cuba mengesan identiti bekas pemilik anjing berkenaan serta meminta orang awam yang mengenali suspek tampil membantu siasatan.
"Saya benci lelaki itu. Dia tidak layak mendapat anjing yang cantik dan setia ini," kata Brock.
"Kenapa perlu buat dia begitu? Kalau tak nak sekali pun, hantar ke pusat perlindungan haiwan daripada dibuang di tepi jalan. Tak ada hati perut langsung," kata netizen lain.
Sumber: Mirror, The Independent
from The Reporter http://bit.ly/2EMqe58
via IFTTT
No comments:
Post a Comment