loading...
  • Breaking News

    Friday, December 28, 2018

    (Video) 30 kenderaan tersadai, enjin mati selepas isi minyak di stesen Petronas Solaris Besraya


    Kira-kira 30 buah kenderaan dilaporakan tersadai berhampiran Kilometer 7, lebuhraya Sungai Besi, Serdang sejak jam 7 pagi tadi, lapor Harian Metro. 

    Difahamkan, semua kenderaan itu mengalami masalah enjin dan mati secara tiba-tiba selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di lebuhraya berkenaan. 

    Kejadian itu turut tersebar di media sosial dan ada sumber mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak tersebut telah bercampur dengan diesel. Malah ada yang mendakwa tangki tersebut telah dimasuki air. 



    Kejadian itu disedari oleh pihak syarikat stesen minyak terbabit dan pihaknya memberikan respon pantas dengan memberi bantuan menunda kenderaan yang terjejas.





    Sementara itu, pihak Petronas Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas dengan kejadian itu.

    PDB berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan telah menghubungi pelanggan yang terjejas serta akan memberikan pampasan.

    Ekoran kejadian itu juga, Stesen Petronas Solaris Besraya juga ditutup buat sementara waktu dan PDB akan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. 


    "Perkara ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pengendalian produk di stesen tersebut sahaja. Stesen Petronas Solaris Besraya telah ditutup buat masa ini sementara siasatan sedang dijalankan.

    "Kami ingin mengesahkan bahawa stesen-stesen Petronas lain tidak terlibat," kata kenyataan itu.

    Sumber: Harian Metro, Petronas Brands


    from The Reporter http://bit.ly/2AgRGoA
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment