loading...
  • Breaking News

    Tuesday, December 25, 2018

    'Mujur kami jumpa bayi ini, kalau tak...' - Bayi baru lahir ditemui di tepi jalan, dihurungi semut


    "Mujur kami jumpa bayi ini. Kalau tidak, mungkin dah jadi santapan binatang liar terutamanya anjing di kawasan ini pada waktu awal pagi," demikian kata remaja lelaki yang menemui bayi di tepi jalan di Kampung Bunga Chepir.

    Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, bayi berkenaan ditemui oleh seorang peniaga yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk menuju ke dusunnya.

    Mohd Nurhuda Abd Aziz, 18, sebelum itu menunggang motosikal dan dalam perjalanan untuk menghantar ibunya, Rahimah Yatim, 40-an, untuk menoreh getah di kebun pada jam 7.30 pagi. 

    Kedua-dua mereka kemudian terdengar bunyi tangisan seperti kucing dan ternampak ada gumpalan tuala di atas bungkusan surat khabar di tepi jalan di selekoh berhampiran kebun getah. 

    Mereka kemudian terus segera memeriksa dan melihat isi kandungannya, terkejut apabila mendapati ada bayi berlumuran darah serta masih hidup dalam bungkusan tuala itu. 


    Ketika ditemui, bayi lelaki itu menangis dan dihurungi semut hitam penuh di seluruh badannya sehingga menyebabkan badan mangsa kemerah-merahan. 

    "Saya dan emak kemudian membuang semut di atas badan bayi lelaki itu sebelum mengelap darah yang masih basah menggunakan tuala yang membalut badannya. 

    "Bayi itu mungkin baru saja diletakkan di situ kerana darahnya pun masih banyak, manakala urinya masih melekat di badan. 

    "Emak saya sebak melihat keadaan bayi itu yang sangat comel dan cukup sifat tetapi sampai hati ibunya sanggup membuangnya ke kawasan kebun getah di Kampung Bunga ini kerana ia sunyi dari laluan orang ramai," katanya. 


    Susulan penemuan yang tidak dijangkakan itu, Mohd Nurhuda terus menghubungi jururawat di Klinik Desa berhampiran untuk datang memeriksa keadaan bayi itu. 

    Polis juga tiba di tempat kejadian tidak beberapa lama kemudian dan bayi itu dibawa ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter http://bit.ly/2EHM7m9
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment