loading...
  • Breaking News

    Sunday, December 23, 2018

    (Video) 40 maut, 584 cedera dalam bencana tsunami di Indonesia malam tadi


    Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 43 orang serta mencederakan 584 orang.

    Jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gelombang tsunami itu dipercayai mempunyai kaitan dengan letusan awal gunung berapi Anak Krakatau dalam kejadian yang berlaku malam semalam, beratus-ratus rumah rosak dan dua orang dilaporkan hilang.


    Puluhan bangunan musnah akibat gelombang dahsyat yang melanda pantai-pantai di Selatan Sumatera dan hujung barat Jawa pada jam 9.30 malam waktu tempatan.

    Sutopo berkata pihak berkuasa Indonesia terdiri daripada BNPB, tentera, polis dan agensi-agensi berkaitan sedang menangani situasi itu.

    "Jalan raya yang menghubungkan Serang-Pandeglang terputus akibat tsunami. Jumlah korban juga dikhuatiri meningkat," katanya.


    Anak Krakatau, sebuah gunung berapi kecil yang muncul dari laut pada setengah abad lalu selepas letusan dahsyat Krakatoa pada 1883 adalah salah satu daripada 127 gunung berapi masih aktif di Indonesia.




    from The Reporter http://bit.ly/2PX32CZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment