loading...
  • Breaking News

    Monday, December 24, 2018

    'Saya lihat air kekuningan bercampur darah, nanah dan ulat mengalir keluar dari kemaluan jenazah pondan' - Kisah benar tukang urus jenazah


    Kisah benar tukang urus jenazah mengenai pengalamannya menguruskan jenazah lelaki menukar jantinanya kepada perempuan. Semoga perkongsian ini memberi iktibar dan pengajaran untuk kita semua dari melakukan perkara yang dilarang olehNya. 

    SALAH SATU DARIPADA PENGALAMAN YANG SAYA LALUI SENDIRI KETIKA MENGURUSKAN JENAZAH

    Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang Allah kerana balasannya Allah bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.

    Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

    InshaAllah sebelum saya cerita kisahnya, saya akan beri sedikit penjelasan bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuam muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asal dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama. 

    Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. 

    Saya dibantu tiga waris jenazah, ibu dan dua orang abangnya. Tiga waris ini sahaja yang ada. Yang lain hampir 30 orang sahabat-sahabat jenazah yang semuanya sejenis sepertinya. 

    Sebelum saya memandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk dikafankan siap-siap supaya mudah kerja saya. 

    Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi. Saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya. Alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan-lahan keseluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam sedikit demi sedikit. 

    Ibu dan abang arwah mula perasan. Ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah tahu mengenai jantina anaknya itu. Mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata. 

    Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis). Ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak sehingga saya berhenti kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak tetapi najisnya tidak berhenti-henti keluar. 

    Saya terus menyucikan jenazah seperti biasa. Saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya, nanah bercampur darah dan juga ulat. 

    Selama itu jugalah mulut saya tidak berhenti memohon doa agar Allah SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan ke atas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. 

    Perlahan-lahan saya memasukkan kapas ke dalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk memandikan jenazah anaknya tadi pengsan kerana melihat kejadian itu. Saya terus memandikan jenazah anaknya. 

    Selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan. 

    Sedikit penerangan. Air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok. Air ini untuk mewangikan jenazah. 

    Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya buka kain kafan tadi. Sekali lagi Allah tunjuk kekuasaanNya. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dadah palsunya mengecut. 

    Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat-sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah. Saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis. 

    Apa yang menyedihkan saya, tak sampai beberapa minit jenazah itu diangkat ke dalam van jenazah, sahabat-sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu. Tak tahulah saya apa yang disembangkan oleh mereka. 

    Allahuakbar. Doa saya mudahan Allah membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan Allah mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula sehinggalah selesai. 

    Sekali lagi saya memohon maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua. 

    Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram di segi syara' berdasarkan Al-Quran dan dipandukan Hadis. Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. 

    Firman Allah yang bermaksud:- 

    "Sesungguhnya kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk".

    (Surah AT-Tiin, ayat 4)

    Daripada Ibnu Abbas R.A bahawa (maksudnya):-

    "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki".

    (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

    Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata (maksudnya):- 

    "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki".

    (Hadis Riwayat Abu Daud)

    Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji Allah itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji Allah. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNya. 



    from The Reporter http://bit.ly/2rRbb2k
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment