Masyarakat selalu dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada pegawai perubatan yang bertauliah apabila mengalami masalah kesihatan, bukannya percaya sepenuhnya pada petua atau tips kesihatan yang tidak diketahui kesahihan dan keselamatannya.
Kes yang dikongsikan oleh individu bernama Happy Wee ini benar-benar mengerikan. Melihat kesan bengkak di muka pesakit, pastinya terasa sakit yang tidak terkata. Hanya kerana meletakkan minyak brek motosikal pada gigi yang sakit, lelaki ini terpaksa menanggung akibatnya bilamana pipinya ditebuk untuk mengeluarkan nanah.
INILAH kisah benar sakit gigi letak minyak brek motosikal, sampai masuk Unit Rawatan Rapi (ICU).
Consent untuk health promotion and awareness diambil dan pesakit memberi kebenaran untuk post di media sosial untuk tujuan kesedaran bagi semua rakyat Malaysia akan bahayanya penyakit pergigian yang tidak dirawat dengan betul. Dia kata banyak orang tak tahu gigi pun boleh jadi seperti ini.
BEGINI CERITANYA
Encik ini sakit gigi dah bertahun. Tetapi pada awal tahun ini, sakit giginya semakin teruk. Jadi, dia letaklah minyak brek motosikal.
Kali pertama, rasa sakit itu hilang. Namun beberapa minggu kemudian, sakit pula gigi geraham di bahagian atas. Sekali lagi dia meletakkan minyak brek. Tetapi tidak berkesan dan gusinya juga semakin bengkak.
Mungkin takut kepada doktor gigi, encik ini pergi berjumpa doktor perubatan. Doktor beri ubat tahan sakit dan antibiotik.
Selama seminggu makan ubat, tak berkesan (antibiotic resistant?) bengkak semakin membesar. Selama empat hari simpan dan tak tahu, barulah dia pergi berjumpa dengan doktor gigi. Masa itu mukanya bengkak seperti dua biji kepala dah. Kita panggil facial celluitis. Dengan segera, doktor gigi rujuk kes itu kepada HRPZ II untuk emergency kes encik ini.
Masuk wad hari kedua, bengkak semakin besar dan penuh dengan nanah di muka. Jadi kita ambil keputusan untuk cabut gigi dan buat incision dan drainage (keluarkan nanah). Banyak sangat nanah keluar weh! Hmm.....
Dengan malangnya, hari ketiga nanah yang berlebihan sudah sampai ke sistem saraf dan otak. Keadaan encik ini semakin teruk. Dengan segera rujuk pada pakar-pakar department lain.
Akhirnya pesakit ini dimasukkan ke ICU dengan diagnosa septic encephalopathy. Jangkitan yang boleh membawa kepada kematian. Jangan main-main. Hmm.. stress sangat team omfs/dental disebabkan jangkitan kuman encik ini.
Hari yang sama, pesakit ditolak ke dewan bedah untuk keluarkan nanah yang berlebihan. Fuh! Masih banyak lagi yang keluar.
Selama seminggu di IUC, keadaan encik ini semakin pulih. Ditolak ke wad biasa.
Begitulah ceritanya. Saya post di sini untuk kesedaran orang ramai. Kena buat routine checkup pergigian enam bulan sekali. Gigi yang rosak perlu rawatan yang betul dibuat oleh doktor gigi bertauliah.
Sama juga kes fake braces dan teeth whitening, gigi palsu, perlu buat dengan doktor gigi bertauliah. Kalau tak, habis semua gigi anda.
Kesedaran itu penting, jangan menyesal apabila sudah terlambat.
Sumber: Happy Wee
from The Reporter http://bit.ly/2UTQhMc
via IFTTT
No comments:
Post a Comment