loading...
  • Breaking News

    Friday, May 3, 2019

    'Perlu kos sebanyak RM45,000, pendapatan saya tidak seberapa' - Bayi hidap penyakit jantung perlukan sumbangan netizen


    RM45,000, itulah kos pembedahan yang diperlukan oleh bayi perempuan berusia 18 yang dijadualkan menjalani pembedahan jantung kali kedua pada hujung tahun ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. 

    Maizun Din, 42, berkata, anaknya, Nurul Dhia Raisha Maizun dikesan menghidap penyakit jantung Comolete Atrioventricular Septal Defect With Mild Hypoplastic Aortic Arch semasa dia berusia seminggu di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 

    Difahamkan, Nurul Dhia Raisha pernah menjalani pembedahan kali pertama ketika berusia tiga bulan di IJN dan kos pembedahan bagi merawat masalah jantungnya adalah sebanyak RM25,000

    Sebahagian besar kos itu ditanggung oleh kerajaan selepas pasangan itu membuat rayuan kerana tidak mampu membayar kos tersebut. 

    Pembedahan kali kedua ini juga akan dilakukan di tempat yang sama, namun kos yang diperlukan adalah RM45,000. 

    Maizun bagaimanapun tidak berkemampuan untuk membayar kos pembedahan itu kerana dia hanya bekerja mengambil upah menjual ayam goreng di sekitar Pekan Pokok Sena dengan pendapatan yang tidak menentu. Tambahan pula, ada dua lagi anaknya yang berusia 11 dan 7 tahun perlu ditanggung. 

    Selain itu, Nurul Dhia Raisha juga bergantung pada susu khas yang bernilai RM80 setin dan memerlukan lebih kurang enam hingga tujuh tin setiap bulan

    Maizun dan isterinya, Murlina amat berharap anaknya kembali sihat seperti bayi-bayi lain. 

    Orang ramai yang sudi membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam milik Murlina Mohd Zuri 02-075-02-510667-0 atau menghubungi Maizun di talian 013-9347785 untuk maklumat lanjut. 

    Sumber: Sinar Harian


    from The Reporter http://bit.ly/2V9BKB3
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment