Tatkala musim panas, antara kita pasti inginkan minuman sejuk, cendol, atau aiskrim. Aiskrim seringkali menjadi pilihan kerana tekstur dan rasa yang menjadi tarikan. Pelbagai jenama aiskrim di pasaran kadangkala terlalu mahal. Jika dibuat sendiri, kos tersebut amatlah murah dan boleh dimakan beberapa kali.
Aiskrim Magnum antara kegemaran ramai. Tetapi tidak ramai yang mampu membuatnya. Melalui perkongsian ini, sudah pasti ramai yang teruja dengan inovasi aiskrim Magnum versi Malaysia ini.
KERANA ais krim ni boleh jadi gaduh. Malam ni saya R&D sendiri, saya tak masuk pun mana-mana kelas magnum ais krim ni. Saya cuba je teknik ni, saya suka mengkaji. Kita tengok esok pagi jadi ke tidak. Kalau jadi saya share nanti teknik ni. Senang yang amat.
Hasil kajian semalam. Resepi aiskrim kat dalam tu saya guna resepi ais krim susu. Saya buat sikit saja.
RESEPI AIS KRIM
- Setengah tin susu cair
- Setengah tin susu pekat
- 200ml whipping cream (optional nak letak pun boleh tak letak pun boleh)
- 1.5 litre air
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 cawan gula (rasa dulu baru bubuh gula banyak mana hangpa nak ok)
- vanilla flavor atau essence ikut suka
* Kacau semua dalam periuk tanpa api, lepas dah sebati baru letak atas dapur
* Masak dan kacau sampai mendidih
* Dah didih tutup api
RESEPI COKLAT TU
- 250gm milk chocolate beryls (kalu hangpa kaya boh la cadbury)
- 250gm dark chocolate beryls
Cairkan guna kaedah double boil. Pastikan api tak kuat dan jangan bagi air tu terperecik kat adunan coklat. Dah siap sempurna coklat dicairkan dan letak tepi. Masuk dalam piping bag dan ikat. Cara nak bubuh boleh rujuk gambar.
Adunan ais krim bagi suam, hangpa jangan duk tuang hangat-hangat tu satgi tangan hangpa panas nak pegang susah. Step masuk chocolate tu tengok kat bawah na. Chocolate tu pun bagi suam sikit.
Bubuh coklat agak-agak, jangan tebal jangan nipis. Kalau tebal satgi hangpa makan coklat bukan aiskrim. Kalau nipis serupa hangpa makan aiskrim coki-coki tu bukan la ala-ala magnum. Kalau nak nampak serlah hangpa carila plastik besaq skit.
Nih uji kaji pakai apa yang ada, saya sekadar share balutan atau salutan coklat saja, tak ada niat untuk sakiti hati sesiapa ok, jangan salah faham. Kalau rasa nak improvise lagi atau nak tahu lebih efektif lagi, hangpa boleh join mana-mana kelas yang ada buat.
Saya bukan bagi resepi main ceduk orang punya ok! R&D sendiri semata nak share kat hangpa saja (mohon terasa).
Ok sekian hasil ujikaji semalam. Nak pesan hangpa kalu boleh jangan la duk bergaduh pasal resepi, ikut atas orang tu nak bagi ke tidak. Hangpa amik resepi nih tak buat siappp!
My Ais Krim Malaysia ala Magnum bodo bodo is doneeeeee
LAGI SATU RESEPI INI HANYA R&D UNTUK TAHU TEKNIK BUAT SALUTAN COKLAT TU JE. JANGAN NAK COMMENT REAL KE TAK REAL OK.
Sumber: Siti Masitah Awang Kechik
from The Reporter https://ift.tt/2GuGlUZ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment