Kini, segala urusan jual beli hanya di hujung jari. Jika tidak menggunakan sistem pos, peniaga juga boleh menggunakan kaedah penghantaran terus ke rumah (COD) atau sesebuah lokasi. Cuma yang membezakan kedua-dua sistem ini adalah cara pembayaran. Apa yang pasti, peniaga mahupun pembeli harus berhati-hati dengan pembelian di atas talian.
Seorang lelaki kecewa apabila dia telah ditipu oleh seorang pembeli ketika menjalankan urusniaga pembelian telefon bimbit yang berharga RM2,000. Dia terkejut apabila mendapati duit yang diserahkan oleh pembeli tersebut adalah duit palsu.
KISAH sedih ringkas. Aku jual handphone RM2,000, yang aku dapat duit palsu. Hati hati guys duit palsu zaman sekarang tak macam dulu dulu dah. Allah tahu yang terbaik. Moga Aliff murah rezeki. Amin.
Jual di mudah.my. Chat pakai app nak jumpa di MRT pusat bandar Damansara. Set jumpa jam 9-10. Bila sampai MRT, dia chat kata nak ke hospital kejap sebelum ke MRT sebab anak dia demam. Sampai pukul 11.40 malam macam tu baru dia muncul dan terus nak tengok handphone. Dia ajak jumpa dekat tangga sebab gelap.
Selepas tengok dia check handphone depan belakang, dia kata handphone cantik then terus bayar and cara bayaran dia dalam sampul. Dia letak duit betul RM100 dekat depan yang belakang semua palsu. So, aku ambil depan tengok original ke tak then aku kira selebihnya dalam sampul. Lepas bagi duit terus blah.
Keesokan harinya, aku pergi bank nak transfer masuk bank. Mesin cash deposit tendang aku pelik. Aku pergi check dengan pegawai bank, dia kata ini duit palsu. So time tu aku rasa nak rebah ke bumi. Dah RM2,000 dan handphone lebur. Pergi buat report dekat IPD Alam Damai.
Selepas buat report, katanya kes aku kena serap masuk jenayah komersil and kena buat report dekat IPD Brickfields. Aku respect polis sebab buat kerja laju and pihak polis dah ada segala maklumat suspek and sekarang jadi buruan polis.
Pihak polis kata duit palsu kali ini tidak seperti yang dulu dulu sebab kualiti duit itu sendiri hampir sama macam seperti duit sebenar. Sekarang aku reda and bersangka baik. Mungkin Allah nak sedarkan aku daripada hanyut dan mungkin Allah nak gantikan dengan benda yang jauh lebih baik. Amin.
Sumber: Aliffshamrazali
from The Reporter https://ift.tt/2M1VIrD
via IFTTT
No comments:
Post a Comment