loading...
  • Breaking News

    Wednesday, July 24, 2019

    Mahkamah putuskan prosiding perbicaraan Inkues Kematian Muhammad Adib ditutup


    Prosiding perbicaraan Inkues Kematian anggota bomba dan penyelamat (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi yang ditampilkan, lapor Sinar Harian. 

    "Setelah meneliti keterangan sedia ada, mahkamah berpuas hati. Maka dengan itu, mahkamah tidak akan memanggil mana-mana saksi. 

    "Oleh itu, prosiding perbicaraan ditutup," kata Koroner Rofiah Mohamad. 

    Sejak 11 Februari lalu, 30 saksi dipanggil memberi keterangan dalam prosiding perbicaraan selama 41 hari serta 137 eksibit. 

    Sementara itu, mahkamah menjemput pihak-pihak berkepentingan untuk membuat hujahan yang ditetapkan pada 21 Ogos depan.

    Pasukan peguam yang mewakili keluarga mangsa juga dijangka akan memfailkan hujahan bertulis kepada mahkamah. 

    27 November 2018, Muhammad Adib parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dan dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di IJN selepas dirawat selama 21 hari. 

    Sumber: Sinar Harian


    from The Reporter https://ift.tt/2M7z2pL
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment