Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes itu selepas ia viral di media sosial sejak malam tadi.
Ibu (40) dan abang kandung (15) mangsa telah dipanggil polis untuk diambil keterangan.
Menurut jiran yang prihatin, mangsa dibiarkan tidur di luar rumah dan diabaikan keluarganya yang berniaga di luar kawasan rumah.
Mangsa juga dipercayai dipukul berdasarkan penemuan kesan kecederaan lama di bahagian belakang badan, pergelangan tangan kiri dna kesan luka baru di belakang leher.
Polis masih menunggu pengesahan dari pihak hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Perkongsian dari Twitter Jurais:
Adik Ain, 14 tahun (tak bersekolah) masalah pembelajaran. Jam 6 pagi.
"Awat tak masuk rumah?"
"Mak tak bagi duduk dalam rumah".
Adik Ain, 14 Tahun (tak bersekolah) masalah pembelajaran.— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
Jam https://t.co/BGA85B4beo -
"awat tak masuk rumah"
" mak tak bagi duk dlm rumah"
Sy harap kwn2 dpt sebarkan kekejaman mak & bapak tiri adik ni. Act taktau nak tlg mcm mana. Sumpah aku nk menangis dgr story dia. 🎧 Pls. pic.twitter.com/yqHDXJCnqD
Saya harap kawan-kawan dapat sebarkan kekejaman mak dan bapak tiri adik ini. Actualy tak tahu nak tolong macam mana. Sumpah aku nak menangis dengar story dia. Please.
Nak dijadikan cerita selepas subuh tadi, aku duduk di luar rumah kakak aku kat Mata Ayer, Arau. Selepas itu aku terdengar ada orang duduk main ketuk-ketuk dekat rumah sebelah sebab yang aku perasan sebelum subuh tadi, satu family dah keluar, depa pergi meniaga. Rupanya dia tinggalkan anak dia yang sebam ni.
"Mak rajin buat kami. Kalau adik buat salah, adik tuduh kami. Sebab tu mak suruh duduk kat luar. Hari-hari kena duduk luar. Kadang malam-malam pun kena tidur kat luar."
"mak rajin buat kami. Kalau adik buat salah, adik tuduh kami. Sebab tu mak suruh duk kat luaq. Hari hari kena duk luaq. Kadang malam malam pun kena tidoq kat luaq"#solidaritiadikain @drwanazizah @JKMHQ pic.twitter.com/4FMh61Mepf— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
Hasil deraan mak bapak dia.
Aku sumpah lemah dengan ayat dia. Kena pukul dengan buluh, kena simbah dengan air panas, kena kepik dgn playa (mak dia ingat ank tu tahanan ISA ka?) Tapi gais anak syurga nintetap hati mulia. Dengar apa dia cakap 😭😭😭😭😭 pic.twitter.com/ErbxxPljOW— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
Apa maklumat yang aku dapat, bukan dari orang ketiga atau dengar-dengar cerita orang. Aku dengar dari mulut dia sendiri. Susah juga budak berumur 14 tahun sembam macam ni nak menipu.
Kes semalam. Dlm jam 8 pagi. Tahniah Polis @PDRMsia dan @JKMHQ kurang dari 24 jam dah boleh ambil adik ain dan mak dia utk statement. Ameen ya rabb 🙏🏻😭 pic.twitter.com/zsLfcwyzmU— Jurais (@juraisabdullah) July 20, 2019
Sumber: Harian Metro, Jurais
from The Reporter https://ift.tt/2Y2qhjo
via IFTTT
No comments:
Post a Comment