loading...
  • Breaking News

    Thursday, July 25, 2019

    Rihana cabar Sultan Kelantan buat ujian DNA untuk buktikan status Leon


    Rihana Oksana Veovodina mencabar Sultan Kelantan melakukan ujian DNA selepas peguam baginda mendakwa tiada bukti objektif bahawa anak yang dilahirkan oleh Rihana itu adalah anak baginda, lapor MSN. 

    Rihana berkahwin dengan Sultan Muhammad V tahun lalu dan pada Januari, baginda turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA). 

    Baru-baru ini, peguam yang mewakili Sultan Muhammad V mengesahkan pasangan itu telah bercerai dengan talak tiga dan mendakwa tiada bukti yang mendakwa Leon adalah anak baginda. 

    Namun rakan kepada Rihana, Liliya Nastaeve, 32, menegaskan bahawa perkahwinan Rihana dan Sultan Muhammad V masih sah dan menolak penafian yang dibuat oleh peguam baginda. 

    Rihana yang kini tinggal bersama anaknya di Moscow menunjuk permohonaan maaf secara terbuka dari bekas YDPA. 

    "Semua kenalan rapat Rihana termasuk ibu bapanya, rakan, dan keluarga sedang menunggu permohonan maaf dari dia (bekas YDPA). 

    "Kalau timbul keraguan, dia (bekas YDPA) boleh buat ujian DNA." kata Liliya. 

    Sementara itu, peguam mewakili Rihana iaitu Evgeny Tarlor yang juga bekas Senator Rusia berkata, dakwaan Leo bukan zuriat bekas YDPA itu adalah bohong dan celupar. Malah dia mencabar peguam baginda yang berasal dari Singapura itu membuktikan bahawa dia benar-benar mewakili Sultan Muhammad V. 

    "Saya tak kenal siapa Koh Tien Hua dan apa hak dia menggulas mengenai kehidupan peribadi Rihana. Dia mesti buktikan kelayakannya. 

    "Tiada perceraian yang berlaku," tegasnya. 

    Sumber: MSN News


    from The Reporter https://ift.tt/2OhPxT4
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment