Seorang ibu terkilan apabila anaknya yang baru didaftarkan masuk ke sekolah baru dibuli oleh rakan sekelas. Difahamkan, kejadian buli itu merupakan kejadian kali kedua.
Dalam kejadian pertama, Mell telah berjumpa dengan murid terbabit untuk meminta penjelasan dan dia mengaku telah membuli mangsa. Enggan panjangkan cerita, Mell memaafkan murid itu dan menasihatkannya agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
Namun beberapa hari kemudian, pasangan suami isteri itu menerima panggilan dari pihak sekolah yang mengatakan dada anaknya ditusuk dengan pensil oleh murid yang sama.
MACAM ni la ibu-ibu dan ayah-ayah. Andai kata anak kita mengadu dibuli, anak kata duit kena ambil, anak kata tak selesa, anak rasa takut nak pergi sekolah, anak kita tiba-tiba muram dan macam-macam lagi perubahan, tolonglah, tolong sangat-sangat jangan berdiam diri.
Jangan kata anak buang tebiatlah, anak buat perangailah. Tak ibu-ibu, kita silap. Sebenarnya anak kita menyimpan seribu duka. Kita pandang ringan soal anak-anak di sekolah sebab kita rasa anak-anak selamat di tangan guru-guru. Tetapi sebenarnya anak kita sangat susah nak bersuara pada cikgu.
Dalam kes saya, nasib banyak bukti dari kawan-kawan sekelas dia. Kawan-kawan dia nampak apa yang berlaku. So di sini kita tahu jalan cerita.
Baru dua minggu lepas kes anak saya kena buli. Anak baru nak baik dari trauma, datang pula kes ini lagi. Allah, mak mana yang tak sedih semua. Jadikan pengajaran buat semua.
Sebelum ini dia pukul dan tumbuk anak saya. Kali ini sebab anak saya tak nak dengar arahan dia, dia buat anak saya. Ada dua kesan di situ.
Dua minggu lepas masa suami ambil anak bali kdari sekolah, anak dalam keadaan menangis dan kotor. Ayah dia tanya kenapa, dia beritahu yang dia dibuli, ditumbuk, ditendang dan rakan-rakan lain mentertawakan dia. Bila ditanya kenapa kawan buat begitu, anak beritahu sebab dia pelajar baharu.
Kedua, ada budak boleh kata hari-hari minta duit dia. Okey, anak saya ni selera makan memang seronok sangat. Saya bagi RM5 mesti habis. Biasa dia akan makandua kali dan beli air sekali. Tapi saya nampak dia, dalam dua minggu selepas daftar sekolah baru, balik je dia lapar macam tak makan apa-apa lagi. Rupanya duit belanja dia tinggal RM3. RM2 beli makan RM1.. dia tak beritahu saya sebab takut saya marah. Ibu tak marah nak, ibu sedih lagi ada.
Kes itu saya maklumkan kepada pihak sekolah. Sampai-sampai saja, ada seorang budak ni minta maaf pada saya dan dia ganti RM2 anak kat anak saya. Itupun sebab cikgu suruh ganti. Dia ambil berpuluh ringgit, ganti RM2 saja. Okey, saya ni jenis pemaaf dan kata tak apalah, saya halalkan dunia akhirat dan pesan jangan buat lagi. Saya nampak dia serik.
Tiba-tiba dia bersuara.
"Makcik, yang pukul anak makcik bukan saya tapi dia (yang buli anak saya hari ini)."
Saya tengok budaknya pendiam, sepatah pun tak kata. Saya tanya, "Betul ke kamu buat anak makcik?". Dia angguk kepala mengaku. Dengan lembut saya pesan, "Jangan buat lagi ya, sian anak makcik. Dia baru lagi, tak ada kawan. Okey."
Habis kat sini, saya ingat dah tak ada dah.
Hari ini saya pergi Pekan Rabu dengan suami. Dalam perjalanan balik, sekolah call minta datang ke sekolah dan bawa anak pergi ke hospital. Setibanya saya di sekolah, tengok anak saya dengan baju terbuka sedang duduk menggerang kesakitan. MAsa ini saya tak tahu lagi anak sakit apa. Yang saya tahu anak saya menangis dan saya sekali datang perasaan geram yang rasa nak tengking sesiapa saja yang ada di situ.
Di penjuru meja, saya tengok ada seorang budak lelaki yang saya kenal sangat siapa dia. Ya, dialah yang saya nasihat dengan lembut sebelum ini.
Cikgu: "Betul ke kamu buat Qayyum?"
Suspek: "Ya"
Ya Allah nak luruh jantung saya.
Cikgu: "Depan ni main gurau-gurau. Tu yang sampai jadi macam ni."
Saya: "Tak cikgu, ini bukan gurau sebab kes buli ini dah berulang."
Saya tanya anak macam mana boleh terjadi. Anak cerita, dia dah sia buat kerja yang cikgu bagi. So anak saya dah siap, nak hantar. Tapi budak itu kata sekejap jangan hantar dulu. Tapi anak saya nak hantar juga sebab takut kena marah. Dari situ budak itu buat.
Pertama dia buat dengan pensil tumpul. Tapi tetap tembus terus tertusuk ke dada. Siap budak itu kata nak bunuh dan padan muka. Nasib baik kawan-kawan dia terus panggil cikgu.
Saya dah kongsikan semuanya. Saya tak share sekadar suka-suka. Saya selidik dan tanya betul-betul. Budak itu sendiri mengaku di depan guru-guru dan saya tadi. Bukan anak saya yang menjadi mangsa dia, anak lagi anak-anak lain turut menjadi mangsa.
Saya kongsi perkara ini bukan untuk menunding jari ke mana-mana pihak. Saya berkongsi hanya untuk dijadikan sebagai pengajaran buat semua. Kita sebagai mak ayah kena peka dan jadi pendengar masalah anak-anak kita.
Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik. Pihak waris pelajar itu pun dah buat permohonan maaf kepada kami. Jadi, ambil sebagai iktibar di masa akan datang buat kita semua. Terima kasih.
Selepas mandi, sapu ubat di kawasan luka. Ibu tak boleh buat, tangan kasar. Terima kasih atas doa semua. Suhu badan anak ada naik hari ini. Minta-minta dia tak demam.
Sumber: Mell Koleksi Balqis
from The Reporter https://ift.tt/30SSpam
via IFTTT
No comments:
Post a Comment