loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 23, 2019

    Najib Bukan Mahu Jawatan PM Semula


    SABAK BERNAM - Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) perlu diterima secara terbuka kerana bekas Perdana Menteri itu mempunyai pengaruh yang kuat.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pelantikan itu tidak bermakna Najib ingin kembali menerajui kepimpinan negara. 

    "Beliau (Najib) sendiri memaklumkan tidak berhasrat untuk kembali sebagai Perdana Menteri, sebaliknya beliau ingin menyumbang kepada parti semula," katanya. 

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini. 

    Reezal Merican memberitahu, keputusan melantik Najib itu dibuat hasil daripada konsensus yang dipersetujui Presiden MCA dan MIC, serta ahli Dewan Tertinggi BN yang terdiri daripada tokoh utama ketiga-tiga parti.


    "Hakikatnya saya beranggapan beliau seorang yang berani dalam menghadapi pelbagai fitnah yang dilemparkan. 

    "Satu demi satu isu beliau tangani secara bersendirian. Apa isu beliau tidak troll terutama dalam soal GST (Cukai Barangan dan perkhidmatan), PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan lain-lain. 

    "Setiap kali beliau troll menteri PH, ribuan sambutan positif diterima daripada netizan," katanya. 

    Malah, katanya, fenomena 'Bossku' dicetuskan bekas Perdana Menteri itu membawa kepada sokongan rakyat terutama anak muda di media sosial. 

    "Ini memberi gambaran rakyat di luar bukan terima secara buta tuli kerana mereka baca dan lihat, selain buat kajian dan perbandingan apa yang didakwa serta dilemparkan kepada Najib. 

    "Malah, ada yang mula melihat banyak perkara  yang dilemparkan terhadap Najib adalah fitnah," katanya. 

    Sumber: Kosmo Online


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2K0Yb2H
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment