loading...
  • Breaking News

    Monday, August 26, 2019

    Lelaki pedo rogol 9 budak dikenakan hukuman mandul tetapi doktor & rakyat tak setuju


    Pada tahun 2016, hukuman mandul (hukuman kembiri) secara kimia dan hukuman mati telah ditetapkan sebagai hukuman untuk individu yang melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Indonesia. 

    Individu pertama yang disabitkan bersalah atas jenayah pedofilia telah dijatuhkan hukuman mandul secara kimia selepas dia didapati bersalah di atas pertuduhan merogol sembilan kanak-kanak perempuan.

    Tertuduh, Muh Aris bin Syukur dari bandar Mojokerto di Jawa Timur, didakwa melakukan kesalahan itu sekitar tahun 2015 hingga 2018 di Mojokerto. 

    Muh Aris ditangkap pada Oktober 2018 selepas video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia melakukan serangan terhadap mangsanya.

    Dalam laporan CCN Indonesia pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Mojokerto mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan memerintah tertuduh membayar denda RP 100,000,000 (RM29,496) di atas jenayahnya yang memaksa kanak-kanak melakukan hubungan intim dengannya. 

    Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan hukuman 17 tahun penjara terhadap Aris tetapi hakim kemudian mengambil keputusan untuk memberi hukuman tambahan iaitu hukuman mandul secara kimia terhadap tertuduh. 

    Namun, Muh Aris masih meninggal hukuman itu dilaksanakan terhadapnya buat pertama kali di negara itu. Malah, Pejabat Pendakwa Raya Mojokerto berkata, mereka masih mencari pakar perubatan profesional untuk melaksanakan hukuman tersebut. 

    Persatuan Doktor Indonesia sebelum ini tidak bersetuju dengan kaedah hukuman itu yang didakwa melanggar etika perubatan dan menolak untuk terlibat dari melaksanakan hukuman itu. 

    Sementara itu, ada segelintir masyarakat turut protes dan mendakwa prosedur itu terlalu mahal dan peruntukan untuk melakukan hukuman itu sepatutnya digunakan untuk merawat mangsa-mangsa tertuduh. 



    from The Reporter https://ift.tt/30Kz23P
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment