loading...
  • Breaking News

    Tuesday, August 27, 2019

    Bunuh & bakar mayat suami serta anak tiri kerana masalah rumah tangga, hutang


    Tergamak seorang wanita membunuh suami dan anak tirinya dengan membakar mereka di dalam kereta kerana dibelenggu masalah hutang dan juga masalah rumah tangga dalam kejadian Ahad lalu di Sukabumi, Indonesia.

    Suspek yang berjaya ditahan polis selepas polis mengenalpasti identiti dua mangsa rentung dalam kereta terbakar Toyota Calya itu. 

    Ketua Polis Daerah Sukabumi, AKBP Nasriadi berkata, suspek sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya, Edi Chandra Purnama, 54, dan anak tirinya, M Adi Pradana, 23. 

    "Suspek mengupah empat individu untuk membunuh suami dan anak tirinya kerana masalah rumah tangga dan hutang," katanya. 

    Menurut kronologi kejadian, orang awam yang ternampak kereta terbakar itu terus memaklumkan kepada polis yang kemudian datang ke lokasi kejadian sebelum menemui dua mayat rentung di dalamnya. 

    Mayat itu kemudian dibedah siasat dan laporan mendedahkan kedua-dua mangsa telah mati dibunuh beberapa hari lalu sebelum dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti. 

    Kes itu kini sedang disiasat. 



    from The Reporter https://ift.tt/2ZqHvHD
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment