loading...
  • Breaking News

    Monday, August 26, 2019

    Budak mati, leher dikelar tali layang-layang berkaca


    Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun meninggal dunia selepas lehernya dikelar tali layang-layang yang disalut dengan kaca ketika mangsa sedang menaiki motosikal yang ditunggang bapanya di India. 

    Dalam kejadian di New Delhi itu merupakan kejadian yang kedua dalam minggu tersebut selepas permainan layang-layang mula popular. 

    Ada yang menggunakan besi atau kaca disalut pada tali bertujuan memotong tali layang-layang peserta yang lain. 

    Sebelum kejadian itu, mangsa bersama bapanya dalam perjalanan ke kuil dan secara tiba-tiba tali layang-layang itu menjerut separuh leher mangsa. 

    Dalam kejadian sebelum ini, seorang jurutera berusia 28 tahun maut pada hari Kemerdekaan di mana lehernya dijerut oleh tali layang-layang.

    Tiga tahun lalu, kerajaan tempatan mengharamkan penjualan tali layang-layang yang disertakan dengan benda yang memudaratkan selepas ia didapati telah menyebabkan kematian orang awam. 

    Mana-mana individu/pihak yang didapati berbuat demikian akan berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun dan denda 100,000 rupee. 

    Namun warga tempatan tidak mengendahkan amaran itu dan masih meneruskan penjualan tali layang-layang berbahaya itu. 

    Sumber: Daily Mail


    from The Reporter https://ift.tt/30ypjgD
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment