Minuman bubble tea semakin popular dan ada yang menjadikan ia sebagai minuman wajib setiap hari. Tetapi ada baiknya jangan kerana seorang lelaki berusia 20 tahun di Vietnam mengalami masalah sakit perut luar biasa.
Lelaki itu terpaksa menanggung kesakitan yang berpanjang sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan itu.
Pemeriksaan doktor mendapati, usus lelaki itu tersumbat kerana kerap minum bubble tea dan disebabkan itu pesakit perlu menjalani pembedahan.
Menurut laporan Vietnam Net, lelaki itu mula mengalami masalah sakit perut di pertengahan Julai selama 20 hari. Keadaannya semakin teruk dan dia pergi mendapatkan rawatan di klinik.
Selepas lima hari mendapatkan rawatan, keadaannya masih tidak berubah. Keluarganya yang bimbang dengan keadaanya itu menghantar lelaki itu ke hospital.
Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan usus pesakit tersumbat kerana makanan yang dimakan oleh pesakit tidak dapat dihadam kerana terlalu keras.
Doktor tidak mempunyai pilihan lain lalu melakukan pembedahan terhadap pesakit itu. Doktor berjaya mengeluarkan dua 'bubble' besar dari usus pesakit.
Dan difahamkan, pesakit itu sebelum ini pernah bekerja di premis yang menjual minuman bubble tea dan sudah menjadi kebiasaannya untuk mengisi perut dengan minum bubble tea setiap hari.
Doktor menegaskan kes yang dialami oleh pesakit itu adalah serius dan pesakit bernasib baik kerana bendasing di ususnya itu dibuang segera dari badannya, jika tidak dia berkemungkinan sudah meninggal dunia kerana masalah usus tersumbat boleh menyebabkan jangkitan dan nekrosis (sel mati) di mana organ badan mula gagal berfungsi dan akhirnya mati.
Justeru, doktor menasihatkan orang ramai mengambil makanan-makanan yang sihat dan banyakkan minum air.
Sumber: Vietnam Net, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2MBmkk9
via IFTTT
No comments:
Post a Comment