Dalam kejadian yang berlaku pada 24 Ogos di tempat letak kereta Tampines Mall, Singapura, lelaki itu tanpa sebarang rasa bersalah membuang lampin pakai buang anaknya di belakang kereta pengadu.
"Lihatlah pemandu yang tidak bertanggungjawab ini yang membuang lampin pakai buang anaknya di kereta saya.
"Selepas berbuat demikian, dia pandang sekali lagi ke arah kereta saya dan menyedari ada kamera belakang yang merakam jelas wajahnya.
"Kalau dia mempunyai rasa bertanggungjawab, dia akan ambil semula lampin itu dan buang ke tempat yang sepatutnya berbanding membuangnya di kereta ornag lain.
"Kalau nak buat jahat pun, pastikan tiada orang di sekeliling. Tetapi dalam kes ini, awak tak bernasib baik. Nak jadi famous? Biar saya buat awak jadi famous," kata pengadu.
Sumber: Jonathan Lee
from The Reporter https://ift.tt/2KUNgt2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment