loading...
  • Breaking News

    Monday, August 26, 2019

    Budak 9 tahun buat laporan polis, mak ayah bergaduh sampai berdarah


    Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun membuat laporan polis mengenai ibu bapanya yang bertengkar sehingga bertukar menjadi pergaduhan yang serius. 

    Lapor See Hua Daily, kejadian itu berlaku di Zhejiang, China, apabila bapa kanak-kanak itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. 

    Lelaki itu meminta telefon bimbit isterinya kerana dia mahu memeriksa kandungan telefon itu tetapi si isteri enggan menyerahkannya. Akibatnya berlaku pertengkaran di antara mereka berdua. 

    Pertengkaran itu semakin teruk apabila masing-masing mula menggunakan kekerasan sehingga lelaki itu mula mencekik isterinya. 

    Si isteri kemudian mengapai alat pengering rambut lalu dihentak di kepala suaminya sambil disaksikan oleh anak lelaki mereka. 

    Kanak-kanak itu segera keluar dari rumah dan berlari ke balai polis untuk meminta bantuan. 

    Yangyang berbuat demikian kerana teringat dengan pesanan guru tadikanya untuk meminta bantuan dari polis jika ternampak sebarang kejadian yang berbahaya. 

    Yangyang juga memaklumkan kepada polis, salah seorang dari ibu bapanya mengalami pendarahan dalam pergaduhan itu. 

    Polis kemudian pergi ke rumah pasangan itu dan mendapati mereka masih bergaduh tanpa menyedari anak lelaki mereka keluar dari rumah melaporkan kejadian itu kepada polis. 

    Polis memberi amaran kepada pasangan itu dan akhirnya mereka berdua bermaafan antara satu sama lain. 



    from The Reporter https://ift.tt/2NE2lB0
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment