loading...
  • Breaking News

    Wednesday, August 28, 2019

    Rakyat Malaysia pasang kamera dalam tandas pesawat United Airlines dipenjara 2 bulan


    Mahkamah Houston menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda AS$6,000 terhadap seorang rakyat Malaysia yang didapati bersalah merakam video di dalam tandas pesawat United Airlines dalam penerbangan dari San Diego ke Houston. 

    Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas Lee Choon Ping mengaku bersalah di atas pertuduhan itu. 

    Selain itu, Lee juga berdepan dengan pengusiran selepas menjalani hukuman itu. 

    Lee mengaku memasang peranti kamera di dalam tandas kelas pertama pesawat United Airlines pada 5 Mei lalu. 

    Kamera itu disedari oleh penumpang wanita yang hairan dengan kerlipan cahaya biru dari kamera itu yang dipasang berhampiran pintu tandas pesawat. 

    Perbuatan Lee itu terbongkar selepas siasatan pada rakaman itu mendapati pakaian yang dipakai oleh Lee sama dengan suspek yang muncul dalam rakaman kamera itu. 

    Sumber: MalaysiaKini


    from The Reporter https://ift.tt/346087y
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment