loading...
  • Breaking News

    Wednesday, December 4, 2019

    Bayi maut selepas doktor arah mangsa diberi urutan terapi untuk melegakan batuknya


    Seorang bayi berusia empat bulan di China meninggal dunia selepas doktor memberi terapi tekanan bagi merawat masalah batuk yang dialaminya, berbanding memberi ubat-ubatan.

    Lapor China Press, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu batuk pada pagi 30 November 2019, lalu dibawa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. 

    Doktor itu kemudian memeriksa tekak dan paru-paru bayi itu dan mendapati segalanya baik-baik sahaja dan tiada keperluan untuk diberi ubat atau suntikan kerana pesakit masih kecil. 

    Sebaliknya, doktor menyarankan bayi itu menjalani urutan terapi di jabatan Rawatan Tradisional Cina (RTC) untuk merawat penyakit batuk itu selama 20 minit. 

    Ketika dalam perjalanan pulang, si ibu menyedari buih berwarna merah jambu di lubang hidung anaknya. Mangsa kelihatan seperti pengsan dan tidak sedarkan diri apabila cuba dibangunkan oleh ibunya. 

    Si ibu terus segera membawa anaknya ke hospital dan doktor berusaha menyelamatkan anak kecil itu. 

    Malangnya, bayi itu disahkan telah meninggal dunia dengan beberapa organnya yang dilaporkan gagal berfungsi menjadi punca kematiannya. 

    Pihak RTC kemudian memberi respon berhubung kematian mangsa di mana mereka menegaskan bahawa kakitangan mereka mempunyai kelayakan dalam bidang mengurut. Malah, RTC dengan yakin memaklumkan mangsa berada dalam keadaan baik dan sihat ketika meninggalkan pusat terapi mereka dan mereka akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan. 



    from The Reporter https://ift.tt/2Pg4hyS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment