SALAH satu perkara paling kompleks dan sukar secara emosi yang boleh dialami seorang anak adalah menjaga ibu bapa yang tua.
Sungguhpun begitu, tanggungjawab menjaga ibu bapa wajib dilaksanakan anak khususnya anak lelaki, lebih-lebih lagi jika insan yang banyak berjasa itu semakin uzur dan tidak berupaya melakukan segala rutin hariannya sendiri.
Tetapi apakan daya, perkara itulah yang selalu menjadi beban kepada anak-anak sehingga sanggup mereka mengabaikan ibu bapa yang sudah tua.
“Ayah kau ni hidup lagi…”
Tular di media sosial, video yang memaparkan seorang ayah yang sedang meniti usia tua, masih menantikan kehadiran anak-anak untuk menjenguknya sementara nyawa dikandung badan.
Ada 4 orang anak…
Difahamkan, warga emas itu mempunyai empat orang anak dan sejak dia dimasukkan ke hospital selama empat tahun, tidak ada seorang pun datang menziarahinya.
Di dalam video tersebut, warga emas itu merayu agar anaknya datang menjenguk dirinya yang masih lagi hidup.
Namun, dia tidak dapat meneruskan kata-kata kerana air matanya sudah bergenang kerana mengenangkan nasib diri.
Mengalir air mata tengok pakcik ini
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut sebak sambil meluahkan rasa sayu mengenangkan nasib warga emas itu yang tidak jemu menantikan kehadiran anak-anak.
Ada mak dan ayah lagi tolong la hargai
Sanggup anak-anak dia buat macam tu
Semoga terbuka pintu hati anak-anak datang jumpa ayah
Sumber: https://ift.tt/2TP95R3
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2P9EcBG
via IFTTT
No comments:
Post a Comment