loading...
  • Breaking News

    Wednesday, January 29, 2020

    Anggota polis kantoi 'main' dengan isteri orang yang hamil 7 bulan, polis minta jangan perbesarkan kes


    Seorang anggota polis di Sulawesi Selatan, Indonesia yang masih dalam tempoh percubaan didapati menjalinkan hubungan dengan isteri orang yang juga hamil 7 bulan. 

    Akibat dari tindakannya yang terdesak itu, anggota terbabit yang hanya dikenali sebagai Bripka BA, 42, kini berdepan dengan hukuman penjara.

    Anggota itu nekad menjalinkan hubungan dengan isteri kepada pemilik kantin di tempat kerjanya walaupun dia mengetahui wanita itu hamil 7 bulan. 

    Sebelum perbuatan anggota itu terbongkar, suami kepada kekasihnya itu, SA, keluar dari rumah untuk membeli tali. Di kesempatan itu, Bripka BA masuk ke rumah pasangan berkenaan untuk bertemu dengan kekasihnya. 

    Namun belum sempat bersenggama, Bripka BA dicekup oleh SA yang baru saja pulang dari membeli tali. Ketika ditemui, SA mendapati kedua-duanya berada di dalam bilik tanpa berpakaian dan hanya berbaju dalam. 

    Berang melihat kecurangan itu, SA mengamuk dan membantai lelaki tak guna itu sepuas hati sebelum membuat laporan di balai menyebabkan Bripka BA ditahan. 

    Polis mengesahkan kejadian itu dan mengakui anggota terbabit menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Polis meminta orang ramai tidak memperbesarkan kes itu kerana anggota terbabit kini dalam proses dikenakan tindakan.

    Selain itu, polis juga mengambil kira akan isteri kepada pengadu yang sedang hamil 7 bulan, bimbang akan mengalami stress dan bunuh diri sekiranya dapat tekanan melampau.

    Bripka BA kini bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 9 bulan, selain akan dipecat serta-merta.

    Sumber: Sosok


    from The Reporter https://ift.tt/2vooX1o
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment