loading...
  • Breaking News

    Friday, January 24, 2020

    “Jangan Datang Malaysia PLEASE!” – Singapura SAH Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus, Rakyat Wuhan Datang Bercuti!


    Semalam, Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan!

    Menurut CNA, Kementerian Kesihatan negara itu telah memaklumkan pesakit yang membawa jangkitan itu memang berasal dari Wuhan. Lelaki berusia 66 tahun itu telah menaiki penerbangan China Southern CZ351 dari Guangzhou untuk bercuti dengan keluarga pada 20 Januari lepas.

    Ketika tiba dan dirawat, dia diletakkan di bilik pengasingan dekat Singapore General Hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

    Lelaki itu akui sakit tekak ketika dalam penerbangan menuju ke Singapura namun tak ada rasa macam nak demam. Bagaimanapun, bila sampai ke Singapura dia terus demam dan mula batuk keesokan harinya.


    Disebabkan itu, dia terus pergi ke hospital pada Rabu, 22 Januari di mana dia disahkan menghidap pneumonia dan terus segera diasingkan kerana disyaki membawa virus berjangkit itu.

    Pada jam 6 petang semalam, doktor memaklumkan dia disahkan positif coronavirus!

    Kementerian Kesihatan kemudian terus mengambil tindakan pantas untuk mengenal pasti sesiapa sahaja yang berinteraksi dan berjumpa dengannya.

    Termasuklah 9 orang ahli keluarganya serta 30 individu yang lain menaiki penerbangan sama dengannya dari Guangzhou. Mereka dikhabarkan akan dihubungi selepas dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan.


    Anak lelakinya berusia 37 tahun dilaporkan telah ditahan dan dimasukkan ke dalam wad selepas dipercayai dijangkiti serta akan menerima rawatan sepatutnya.

    Lelaki itu dilaporkan menempah bilik di Shangri-La Rasa Sentosa Resort and Spa tapi dia mengaku tidak melakukan aktiviti luar dan hanya berada sekitar kawasan hotel sahaja.

    Janganlah ada kes dekat Malaysia pula lepas ni 😭

    Sumber: Lobakmerah.com


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/3aD6PkD
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment