Sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang lelaki ini.
Sudahlah rumah tangganya yang dibina sejak 20 tahun lalu hancur kerana orang ketiga, malah si isteri tergamak menyerangnya menggunakan tong gas dan mengelar lehernya dengan senjata tajam hanya kerana membongkar kecurangan wanita itu.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai IH, 44, dipukul dengan tong gas lalu dikelar oleh isterinya, ES, 34, di rumah mereka di Jawa Timur dalam kejadian yang berlaku pada Rabu 22 Januari 2020.
Berdasarkan keterangan si isteri, mereka selalu bergaduh selepas suaminya mendapat tahu dia curang. Malah dia mendakwa pernah menerima ancaman bunuh dari suaminya.
Bimbang dengan keselamatan diri, si isteri kemudian bertindak awal dengan menyerang mangsa yang sedang tidur di waktu malam. Dia memukul muka suaminya menggunakan tong gas dan mengelar leher mangsa dengan golok sehingga mengalami kecederaan parah.
Suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut, manakala mangsa dikejarkan ke hospital.
Polis turut merampas tong gas dan senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
Sumber: Kompas
from The Reporter https://ift.tt/37pBXSD
via IFTTT
No comments:
Post a Comment