Taiwan memperketatkan lagi sekatan terhadap kemasukan pelawat dari China bagi mencegah penularan wabak koronavirus yang semakin membimbangkan.
Terdahulu, Taiwan mengeluarkan larangan terhadap pelancong dari China dan kini mengharamkan individu dari Hubei masuk ke negaranya.
Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada pelancong perniagaan dan individu yang berkahwin dengan rakyat Thailand. Namun mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan selama dua minggu selepas kemasukan mereka.
Taiwan setakat ini melaporkan tiga kes koronavirus. Mengikut laporan semasa, wabak itu telah menyebabkan 56 kematian di China dan lebih 2,000 kes individu dijangkiti virus tersebut.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/38H43Jn
via IFTTT
No comments:
Post a Comment