loading...
  • Breaking News

    Thursday, January 23, 2020

    (Video) 'Nasib baik budak tu tak kena gilis' - Cuai, pemandu Axia langgar & nyaris gilis budak di stesen minyak


    Seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis kereta di sebuah stesen minyak dan video kejadian itu  juga tersebar di media sosial.

    Difahamkan, mangsa bersama ibunya pergi ke stesen minyak berkenaan di Lutong, Miri pada jam 9 pagi 23 Januari 2020, untuk mengisi minyak motosikal. 

    Ketika sedang mengisi minyak, mangsa berada di belakang motosikal dan datang sebuah kereta Perodua Axia yang berhenti di belakang dua beranak itu untuk menunggu gilirannya. 

    Namun secara tiba-tiba Axia itu bergerak ke depan lalu melanggar kanak-kanak itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terperosok di bawah kereta serta hampir digilis tayar kenderaan. 

    Mujur pemandu Axia sempat memberhentikan kenderaannya lalu segera berundur. 

    Mangsa yang berada dalam keadaan terus bangun dan diambil oleh ibunya. Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu turut datang memberi bantuan. 

    Pemandu Axia seolah-olah tergamam dan hanya duduk di dalam kereta sambil dimarahi orang awam. Menyedari dirinya cuai, dia kemudian keluar dari kereta untuk meminta maaf. 


    Di media sosial, netizen tidak menolak kejadian itu berlaku di atas kecuaian pemandu yang besar kemungkinan tidak menarik brek tangan atau tertekan pedal minyak. Tidak kurang juga yang mendakwa pemandu itu mungkin leka bermain telefon bimbit.


    from The Reporter https://ift.tt/3aDuL7B
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment