loading...
  • Breaking News

    Sunday, January 26, 2020

    Cuba naik pesawat balik ke China, 3 beranak warga China ditahan di Senai Airport


    Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din mengesahkan kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang disyaki positif koronavirus dan dilarikan oleh ibu bapanya kerana enggan dikuarantin, telah ditahan malam tadi. 

    Tiga beranak itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas pihak polis menerima laporan dari doktor Hospital Sultanah Aminah.

    "Ya, malam tadi mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi tindakan lanjut. 

    "Malam tadi juga kesemua mereka dirujuk ke hospital bagi tindakan lanjut," katanya. 

    Semalam, pasangan warga China itu tidak membenarkan anak mereka dikuarantin meskipun kanak-kanak itu menunjukkan tanda-tanda positif koronavirus. 

    Biarpun doktor telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan dapat menaiki pesawat pulang ke China kerana suhu badan anak tinggi, pasangan itu tetap berdegil dan membawa anak mereka keluar dari hospital tanpa kebenaran. 

    Sumber: Harian Metro

    LAPORAN BERKAITAN


    from The Reporter https://ift.tt/2Rr8li2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment