Gambar Hiasan |
Kalau dengar sahaja perkataan ‘kahwin’ semua pasangan akan tersenyum manis. Namun bila memikirkan tentang perbelanjaan untuk persiapan mesti masing-masing akan pening kepala. Jika korang ikut tips kahwin ini ‘confirm’ menjadi.
Mana taknya, mak ayah cakap begini, kehendak pengantin pula lain daripada keluarga. Tambah-tambah pula, zaman sekarang dari proses merisik sehinggalah berakhirnya majlis kedua-dua belah pihak, wang mengalir laju saja.
Biasalah, bila hendak berkahwin, pastinya duit menjadi perkara yang utama difikirkan bakal pengantin. Ikuti perkongsian menarik oleh seorang pengguna Twitter menunjukkan bagaimana cara untuk tidak membazirkan wang dengan perkara yang tidak penting.
Zaman sekarang tak berbaloi habiskan RM20k untuk kahwin…
Jadi, ibu bapa yang nak kahwin ‘grand’ ni bukan anaknya. Kejap aku recall balik apa yang aku cakap kat mak bapak aku masa tu. Kejap.
Aku agak lucky juga sebab mak bapa aku bukan jenis demand nak kenduri kahwin yang grand. Tapi, pada masa yang sama, aku ada juga buka mulut dekat diorang untuk belanjakan duit saving waktu tu dekat tempat lain. Waktu tu umur 24.
Aku faham yang mak cik pak cik kita pun ikut melompat dalam hal kahwin kita ni, tapi satu prinsip yang aku pegang waktu tu, hidup dan kenduri kahwin aku bukanlah untuk puaskan hati semua orang. Aku bukan hidup untuk diorang semua, aku buat sesuatu atas kemampuan aku; bukan untuk mereka.
“Apalah nanti orang cakap, malu mak nanti.”
Dekat sini yang kau kena educate mak kau, ini bukan kurang ajar, ini perbezaan minda antara generasi. Lain generasi lain pressure. Cerita kat mak bapa korang yang RM20k tu boleh buat bayar DP rumah, kereta, beli brg anak, dan lain-lain.
Kau kena bagi diorang gambaran di masa mendatang nanti apa kebaikan duit kenduri tu digunakan dekat tempat lain yang lebih berfaedah. At least this is what i told my parents. Rumah sewa di Guangzhou, to start a business, ticket flights, ini semua aku cerita kat parents waktu umur 24.
Kalau parents kau tak faham benda ni, aku rasa itu dah jalan mati, tapi kau kena ingat, pressure mengumpul duit kahwin smpai 20k adalah tak masuk akal, terhadap kedua-dua pasangan.
Ceritakan juga dekat parents apa keburukkan kalau pernikahan/kahwin ni dilambatkan:
Maksiat, apa kata orang, mengumpat, lebih baik percepatkan nikahmu.
Kau dah cerita kebaikan kahwin simple dan kekurangan melambatkan nikah, kalau dua perkara ni mak bapa kau tak faham, then i dont know what to say. Sorry. Macam aku cakap, lain generasi lain pemikiran, kita kena duduk dengan parents untuk jumpa dekat satu persetujuan.
“Ma, ini hidup saya, biar saya yang tentukan, saya nak nikah je dan terus buka bisnes dekat KL, RM 5k tu saya nak bayar duit rumah dan kereta, bakinya sy nak bawak Leha pergi Bali. Saya harap Ma dan Pa faham benda ni, saya banyak tekanan, boleh tak kita abaikan apa orang lain fikir?”
Kita teruja tengok pasangan lain kahwin dgn bajet yang rendah, pada masa yang sama kita nak kena jaga hati mak bapak, dan terpaksa impress mak cik pak cik. They dont have Twitter, go talk to them, it takes time, but they will understand, they’e ur parents, dont wanna see u happy?
Tips kahwin:
1. Talk to your parents.
2. Bagitahu duit tu nak guna di mana dan bila.
3. Bagi projection masa depan.
4. Jangan impress orang lain.
5. Ulang setiap hari point no1
Sumber: MAG Faheem via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3aZlzKE
via IFTTT
No comments:
Post a Comment