loading...
  • Breaking News

    Saturday, July 10, 2021

    'Belikan baju & kasut tuu!!' - Couple bertengkar sebab boyfriend tak nak belikan pakaian berjumlah RM1,156


    Ada sesetengah wanita menyangka teman lelaki akan membelikan apa jua barang yang mereka inginkan. Malah ada yang berpendapat, jika benar si dia menyayangi pasangannya, si dia pasti akan melakukan apa sahaja untuk mengembirakan pasangannya. Tetapi bagaimana jika pendapat seperti itu salah? 


    Sepasang kekasih di bandar Shijiazhuang, Wilayah Hebei, China, bertengkar di sebuah pusat beli-belah setelah lelaki itu enggan membeli pakaian untuk teman wanitanya yang berjumlah 1,800 yuan bersamaan RM1,156. 


    4 Julai 2021, pasangan berkenaan berkunjung ke Wanda Plaza di mana wanita itu meminta teman lelaki membelikan sehelai baju dan sepasang kasut untuknya. Tetapi permintaannya ditolak kerana harganya terlalu mahal, di luar kemampuan pasangannya.


    Merasakan dirinya telah dimalukan, wanita itu mula memarahi pasangannya. Keadaan menjadi semakin teruk apabila mereka mula bertengkar di luar premis sehingga dirakam oleh orang awam.


    Lelaki itu cuba beredar dari kawasan itu, tetapi tidak berjaya kerana bajunya ditarik oleh teman wanita. Mungkin berasa malu dengan perbuatan pasangannya, lelaki itu membiarkan saja bajunya ditarik sehingga tertanggal sebelum beredar dari pusat beli-belah. 


    Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sempat membuat rakaman dan memuat naik video di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


    Walaupun lelaki harus menjaga pasangannya dengan baik, tetapi adalah tidak wajar teman wanita mengambil kesempatan di atas kebaikannya dan begitu juga sebaliknya. Banyak lagi cara yang lain untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang dari pasangan tanpa menggunakan wang. 


    Sumber: World of Buzz



    from The Reporter https://ift.tt/3hZcjdS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment