Seorang influencer bernama Xiaoran di China dilaporkan meninggal dunia setelah menjalani pembedahan plastik yang sepatutnya mengubah penampilannya, tetapi telah meragut nyawanya.
Xiaron meninggal dunia kerana organnya gagal berfungsi pada Selasa, 13 Julai 2021. Difahamkan, gadis cantik itu menjalani tiga pembedahan kecantikan sekali gus iaitu, menyedut lemak di lengan, pinggang dan perut, serta pembedahan membesarkan payudara pada bulan Mei 2021.
Pembedahan itu mengambil masa kira-kira lima jam. Dua jam selepas selesai menjalani pembedahan itu, Xiaoran tiba-tiba mengalami kesesakan nafas dan terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Doktor kemudian memaklumkan organ Xiaoran gagal berfungsi. Xiaoran dipantau dan diberikan rawatan intensif selama dua bulan sehingga keadaan menjadi kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.
Keluarganya tidak dapat menerima kehilangan Xiaoran dan kini klinik kecantikan yang dikunjungi Xiaoran itu sedang disiasat polis. Pihak klinik berkenaan juga mengaku mereka telah melakukan kecuaian dengan tidak memberi rawatan awal terhadap Xiaoran sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Selain itu, keluarga Xiaoran menuntut pihak klinik berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 920 ribu Yuan (RM598,954), Namun klinik itu telah berhenti beroperasi.
Sumber: Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3kxy1Zr
via IFTTT
No comments:
Post a Comment