loading...
  • Breaking News

    Monday, July 5, 2021

    Lelaki kelar leher sendiri kerana alami masalah sukar tidur & banyak berfikir


    Seorang lelaki nekad mengelar lehernya menggunakan pisau kerana mengalami masalah sukar tidur dan banyak berfikir. 


    Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 36 tahun yang menetap di Bandar Sunggala itu dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan lanjut. 


    "Pihak polis menerima panggilan semalam sekitar jam 9.20 pagi memaklumkan seorang lelaki mengelar lehernya. Mangsa berusia 36 tahun yang juga seorang peniaga restoran di Teluk Kemang, Port Dickson sudah berkahwin dan mempunyai empat anak.


    "Ketika kejadian itu berlaku, lelaki itu berada di tandas bilik tidur utama dan isterinya sedang tidur. Isteri mangsa terdengar jeritan mangsa di dalam tandas dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah sambil memegang leher. 


    "Senjata pisau yang digunakan oleh mangsa dipercayai diambil dari dapur rumah mangsa sendiri. Mangsa mengalami kecederaan teruk di leher (urat putus) sebelum dipindahkan ke Zon Merah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut. 


    "Berdasarkan maklumat diperolehi oleh pegawai perubatan, mangsa sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Port Dickson kerana mengalami masalah tidak boleh tidur malam kerana mengalami masalah 'anxiety'. 


    "Menurut isteri mangssa, sebelum kejadian suaminya kerap menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir, namun lelaki itu tidak menghadapi sebarang masalah kewangan atau peribadi. 


    "Keadaan mansgsa kini stabil selepas menjalani pembedahan di HTJ Seremban dan sudahpun dipindahkan ke wad untuk pemantauan. Walau bagaimanapun, mangsa akan dirujuk deengan pakar psikiatrik untuk rawatan lanjut selepas dibenarkan keluar dari HTJ," katanya. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3xjPBn9
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment