Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius dedngan tindakan pengendali aplikasi makanan yang menaikkan kadar caj perkhidmatan 20 hingga 38 peratus sehingga membebankan pengguna.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya akan menyiasat dan berbincang dengan pengusaha makanan dan syarikat pengendali aplikasi makanan berhubung perkara itu.
Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan itu telah mengakibatkan harga makanan yang dijual adalah lebih mahal daripada harga biasa.
"Sebahagian daripadanya tidak dibayar kepada pengusaha kedai makan atau restoran, tapi sepenuhnya dapat kepada pengendali aplikasi," katanya.
Beliau berkata, KPDNHEP sebelum ini ada merancang untuk mengadakan pertemuan dengan dua pihak berkenaan, namun disebabkan Covid-19, pertemuan itu terpaksa ditangguhkan. Beliau berharap, pertemuan itu kelak akan dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit dan menyenangkan semua pihak serta tidak memberi kesan buruk kepada pengguna.
Kosmo pada 21 Jun 2021 menyiarkan rungutan pengguna yang menyifatkan caj baharu bagi perkhidmatan itu terlalu mahal berbanding harga makanan yang dipesan.
“Sebagai pelanggan, kita perlu membayar caj penghantaran, tetapi harga makanan pun mahal berbanding membeli di kedai.
“Harga semangkuk mi di kedai misalnya RM12, tetapi sekiranya memesan guna aplikasi harganya melonjak RM16 tidak termasuk caj penghantaran dan cukai," kata Siti Nuramalina Azmi.
Majoriti pengguna menggesa kerajaan campur tangan bagi meneliti ketelusan harga makanan yang ditempah dalam aplikasi yang didakwa tidak selaras.
Sumber: Harian Metro, Kosmo
from The Reporter https://ift.tt/3hd7tdK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment