loading...
  • Breaking News

    Wednesday, July 14, 2021

    Kalah main game online, bapa tibai anak berusia 3 tahun


    Polis menahan seorang lelaki bernama Rizal, 24, kerana menganiaya anaknya sendiri yang masih bayi dalam kejadian di rumahnya di Kecamatan Tulangan, Sidoarjo, Indonesia. 


    Ketua Polis Kapolresta Sidoarjo, Kusumo Wahyu Bintoro berkata, Rizal ditangkap selepas video yang menunjukkan dirinya menganiaya mangsa viral di media sosial pada Selasa, 13 Julai 2021. 


    Dalam keterangannya, Rizal mengaku membentak dan memukul kepala mangsa berusia tiga tahun kerana tidak mengikut arahannya ketika disuruh pergi mandi. Pada masa itu, dia baru sahaja pulang ke rumah dalam emosi marah selepas tewas bermain game online pada 29 Jun 2021. 


    Emosinya menjadi semakin teruk apabila melihat anaknya yang susah hendak disuruh mandi, lalu melampiaskan kemarahannya itu pada mangsa. 


    Akibat dari perbuatannya itu, Rizal berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak. 


    Sumber: Indo Zone



    from The Reporter https://ift.tt/3kiTzbZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment