loading...
  • Breaking News

    Thursday, July 29, 2021

    'Saya bukan menghina uncle itu, cuma nada saya agak bersemangat' - Carl Samsudin tampil mohon maaf & beri penjelasan, nafi bersikap biadab terhadap warga emas


    Usahawan yang didakwa menjadikan kesilapan perjalanan hidup seorang gelandangan warga emas sebagai contoh kegagalan sehingga dikecam teruk oleh netizen, dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa memberi ceramah di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. 


    Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.30 pagi Selasa, 27 Julai 2021 ketika individu terbabit menyampahkan ceramah motivasi bertajuk 'Ubah Hidup' kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan. 


    Hari ini, Khamis, 29 Julai 2021, Carl Samsudin, 34, tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian itu. 


    Baca: 'Lu kalau nak tolong orang, jangan nak korek-korek kisah silam siapa-siapa' - Aaron Aziz sound setepek usahawan mengaibkan warga emas (gelandangan) di khalayak ramai


    "I'm sorry Malaysia. Saya tidak pernah berniat ingin menghina sesiapa terutama uncle tersebut. Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku biadab kepada sesiapa terutama warga tua. Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan. Tujuan saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang Esa.


    "Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul memohon maaf atas ketidak-beradaban saya. Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut. Sebab itu saya tidak terfikir akan ada sesuatu yang kurang baik dari video tersebut dan saya post di sosial media. 


    "Saya mohon maaf, tidak pernah terlintas di minda saya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga sama seperti mereka pernah susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu. Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina mereka. Sedangkan saya sendiri adalah manusia yang hina penuh dengan dosa," katanya yang juga memaklumkan akan bertemu dengan warga emas berkenaan untuk memohon maaf. 


    Selain itu, Carl juga memohon maaf di atas kesilapannya tidak memakai pelitup muka semasa menyampaikan ceramah motivasi dan reda dengan kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadapnya. 


    Difahamkan, Carl dijemput oleh Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk membantu golongan berkenaan dalam fasa bangkit dan mengubah hidup. Daripada 80 gelandangan, hanya 20 orang sahaja yang berminat untuk menyertai ceramah motivasi itu. 


    "Dalam saya bagi kata-kata semangat itu, saya bertanya kepada mereka siapa di sini secara sukarela nak berkongsikan kisah yang dia pernah kesal buat dalam hidup dia supaya mereka yang lain tidak rasa mereka keseorangan dan berpeluang untuk bangkit semula untuk mengubah hidup mereka. 


    "Maka uncle dalam video itu mengangkat tangan dan datang ke depan. Mereka di situ bertepuk tangan atas keberanian uncle tersebut. Saya bertanya kepadanya dan berdasarkan jawapan dia, saya kongsikan dengan cara saya yang agak bersemangat kepada mereka yang lain yang berada di depan saya (tiada saya sound uncle itu, hanya bertanya sahaja kepadanya). 


    "Jika perhatikan betul-betul video penuh itu dengan teliti, anda akan faham apa yang saya cuba sampaikan. Siapa yang pernah menghadiri motivational talk saya akan faham macam mana semangatnya saya bercakap dengan cara saya sendiri bagi mereka yang datang kepada saya untuk dibantu bangkit dan ubah hidup. 


    "Saya bukan marah (minta maaf), saya hanya terlalu bersemangat bila bercakap (tentang soal) membantu orang. Saya tidak sesekali akan mengeluarkan perkataan yang keji dan menghina, cuma nada saya agak bersemangat. Saya menghadiri program itu atas jemputan pihak penganjur dan hanya mengikut dan menghormati apa yang penganjurkan inginkan. 


    "Walaubagaimanapun, saya sedar saya tidak sepatutnya bercakap dengan nada sebegitu dengan mereka yang berumur dari saya. Saya minta maaf dan ini pengajaran yang besar kepada saya," katanya. 


    Sumber: IG Carl Samsudin



    from The Reporter https://ift.tt/3xb20Jo
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment