loading...
  • Breaking News

    Thursday, July 15, 2021

    'Saya hanya menumpang je tuan...' - Lelaki kantoi menyorok di bawah katil rumah janda anak tiga


    Pemeriksaan  di sebuah rumah yang dilakukan pegawai masjid bersama anggota polis di sebuah kampung di Kota Sarang Semut berjaya menemui seorang lelaki yang menyorok di bawah katil rumah seorang janda. 


    Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan yangg dilakukan pada jam 7.30 pagi 14 Julai 2021 di rumah janda berusia 33 tahun itu, menemui lelaki berusia 32 tahun yang memberi alasan menumpang di rumah tersebut. 


    Rumah tersebut dihuni oleh janda berkenaan dengan tiga anak dan bapanya yang dipercayai mengalami masalah kesihatan. 


    "Bapa wanita itu dipercayai sakit dan ketika inilah lelaki itu mengambil kesempatan menumpang di rumah wanita berkenaan. Ketika pemeriksaan, lelaki itu menyorok di bawah katil dalam bilik kedua rumah berkenaan untuk mengelak daripada ditahan," katanya. 


    Gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka pasangan suami isteri atau mahram, pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis untuk laporan tangkapan. 


    Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3hHmeGk
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment