Seorang gadis nyaris buta mata kanan akibat terkena bara rokok yang dibuang oleh penunggang motosikal lain, menyebabkan matanya mengalami luka melepuh.
Berkongsi mengenai perkara itu di media sosial, Safinatun berkata, kejadian tersebut berlaku pada 29 Disember 2021 ketika dia dan sepupunya sedang dalam perjalanan menunggang motosikal ke kedai untuk membeli makanan.
Namun, tiba-tiba motosikal mereka dipintas oleh seorang penunggang motosikal yang membuang rokok di hadapannya dan ketika itulah bara rokok terkena pada mata Safinatun. Akibat dari kejadian itu, Safinatun mengalami kesakitan di bahagian mata kanan lalu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Kesal dengan apa yang berlaku, Safinatun menggesa para penunggang motosikal tidak merokok ketika sedang menunggang kerana perbuatan itu boleh membahayakan penunggang lain.
"Kepada individu yang membuang rokok di depan motosikal saya tadi, bara rokok kamu telah mengenai saya dan menyebabkan bola mata saya melepuh," katanya.
Bara rokok jika terkena pada mata boleh menyebabkan mata kesakitan, berair dan luka terbakar yang mengakibatkan pengelihatan menjadi kabur sehingga mengalami buta.
Sekiranya kejadian seperti ini berlaku pada anda, segeralah berhenti dan bilas mata dengan air bersih secara berulang-ulang sehingga kesakitan itu beransur pulih. Jika masih berasa sakit, segera mendapatkan rawatan lanjut di klinik berdekatan.
Sumber: Instagram Safinatun
from The Reporter https://ift.tt/3zRNARk
via IFTTT
No comments:
Post a Comment