loading...
  • Breaking News

    Monday, January 24, 2022

    'Jangan bimbang, kita takkan tutup lagi seluruh negara' - PM jamin takkan laksana PKP & sekatan balik kampung untuk sambut raya


    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilftri tahun ini.


    Menurutnya, sektor ekonomi dan sosial serta pergerakan merentas negeri dibenarkan kembali seperti biasa. Jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sahaja.


    "Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.


    "Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD.


    "Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang," katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bera di Pejabat Kemas Bera, di sini, hari ini.


    Sementara itu tinjauan di media sosial, netizen memberi pelbagai reaksi terhadap kenyataan Ismail. Dalam ramai-ramai yang mengucapkan rasa bersyukur, ada segelintir netizen yang berkata usah terlalu selesa kerana apa yang berlaku di masa akan datang, tiada siapa yang tahu dan meminta orang ramai terus menjaga SOP untuk keselamatan masing-masing.


    Sumber: Bernama, Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3tSuOrX
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment