loading...
  • Breaking News

    Wednesday, January 19, 2022

    Bayi lahir dengan 4 tangan & kaki jadi 'selebriti', berduyun-duyun penduduk nak ambil gambar


    Seorang bayi yang lahir dengan empat tangan dan kaki telah menarik perhatian penduduk tempatan yang percaya bahawa bayi itu adalah jelmaan tuhan. 


    Ibu bayi berkenaan berterusan dikunjungi pelawat di Hospital Sadar, timur India, sejak dia bersalin pada Selasa 17 Januari 2022. Bayi berkenaan yang masih belum didedahkan jantinanya telah menjadi 'selebriti' tempatan kerana penampilannya yang unik. 


    Rakaman video menunjukkan bayi itu dikelilingi oleh penduduk yang terpesona ketika mereka mengambil gambarnya. Bayi berkenaan dilihat sedang berehat di atas riba ibu sambil duduk tegak di atas katil hospital. 


    Walaupun ramai yang percaya bahawa keadaan bayi itu berkaitan dengan agama, doktor mengesahkan kecacatan kelahiran itu disebabkan komplikasi kehamilan. 



    Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Uttar Pradesh, utara India turut menjadi perhatian orang ramai susulan dia yang sejak lahirnya mempunyai belalai. 


    Lakshimi dianggap sebagai Tuhan Hindu selepas penduduk tempatan percaya bahawa kanak-kanak itu adalah jelmaan Tuhan Ganesha. 



    Dia pada awalnya menimbulkan ketakutan di kalangan kanak-kanak lain ekoran penampilannya. Namun, dia menjadi popular selepas belalainya dibuang melalui pembedahan. Pada hari perayaan, gadis kecil itu ditawarkan pelbagai hadian dan wang, malah orang ramai juga memohon restu daripadanya. 


    Pada awalnya, keluarganya mahu dia menjalani kehidupan yang normal tanpa melakukan pembedahan. Namun doktor menasihatkan mereka untuk menunggu bayi itu meningkat dewasa supaya doktor dapat melihat sama ada pembedahan kosmetik dapat membantu memulihkan wajah kanak-kanak itu. 


    Difahamkan, keluarga kanak-kanak itu tidak mampu melakukan pembedahan susulan dan kini dalam proses mencari bantuan kewangan. 


    Sumber: Daily Star



    from The Reporter https://ift.tt/3tUK1sT
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment