UTARA SUMATERA, INDONESIA - Tindakan seorang lelaki yang mempertahankan nyawa dan hartanya sehingga terpaksa membunuh salah seorang dari empat lelaki yang cuba menyamunnya, telah ditetapkan sebagai suspek kes pembunuhan.
Polis meminta suspek, Dedi Irwanto, 21, tampil menyerah diri di balai polis berhampiran selepas mendapati lelaki itu telah melarikan diri ke Riau tidak beberapa lama setelah kejadian itu berlaku.
"Motifnya, dia melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa (penyamun) meninggal dunia kerana suspek cuba mempertahankan diri yang sedang disamun dan telefon bimbitnya dirampas oleh mangsa," kata sumber polis.
Difahamkan, semasa kejadian itu berlaku pada jam 1 tengah hari, 21 Disember 2021, Dedi baru sahaja pulang dari rumah rakannya di Kecamatan Sunggal. Sebelum sampai di rumah, dia menerima panggilan dari teman wanitanya dan dalam masa sama dia didatangi dua motosikal yang dinaiki empat lelaki tidak dikenali meminta dia menyerahkan telefon bimbitnya.
Enggan menuruti permintaan itu, lalu berlaku pergelutan di antara mereka. Penyamun berjaya merampas telefon bimbit tersebut, tetapi Dedi dengan pantas mencabut kunci motosikal lalu membuang ke tempat lain agar mereka tidak dapat melarikan diri.
Dedi dibelasah menggunakan objek tumpul. Dedi sempat merampas semula telefon bimbitnya dan menahan mangsa (penyamun), biarpun dia terpaksa menahan diri dari terus dipukul oleh yang lain sehingga kedua-dua mereka terjatuh.
Setelah terjatuh, Dedi mengambil pisau miliknya yang selalu dibawa sebagai senjata perlindungan berikutan kes samun kerap berlaku di kawasan itu, tanpa berfikir panjang dia terus menikam penyamun itu sebanyak tiga kali. Dedi sempat meminta pertolongan dari penduduk, malangnya tiada sesiapa yang mendengar jeritannya.
Panik dengan apa yang berlaku, tiga rakan mangsa (penyamun yang tewas) terus melarikan diri. Dedi kemudian pulang ke rumah lalu menceritakan kejadian tersebut kepada orang tuanya.
Siasatan awal pihak hospital mendapati, Dedi telah menikam punggung dan dua lagi tikaman lain di bahagian dada mangsa yang dikenali sebagai Oreza Andika Phalevi, 21.
Ekoran itu, polis merampas segala barang bukti seperti pisau lipat, dua motosikal, sehelai jaket berwarna hitam, telefon bimbit milik Dedi, objek yang digunakan dalam kejadian dan helmet milik Dedi. Kes tersebut akan dibawa ke mahkamah dan Dedi bakal berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun.
Sumber: Antara
from The Reporter https://ift.tt/3noFXN8
via IFTTT
No comments:
Post a Comment