Gara-gara enggan membantu membelikan makanan, seorang wanita dipukul dengan topi keledar dan mukanya dicakar teman lelaki dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang, Jumaat, 14 Januari 2022, di Tumpat, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, suspek berusia 30 tahun dan mangsa berusia 38 tahun sudah bercinta sejak dua tahun lalu.
Pada hari kejadian, suspek meminta mangsa datang ke rumah. Sebaik saja mangsa berada di luar pagar rumah, pasangan itu berselisihan faham menyebabkan lelaki itu menyepak kaki mangsa beberapa kali sebelum dipukul menggunakan topi keledar di lengan kiri.
Lebih teruk lagi, suspek turut mencakar bahagian muka dan pergelangan tangan kanan mangsa untuk memaksanya masuk ke halaman rumah.
Siasatan awal mendapati, suspek bengang dengan mangsa yang enggan membeli makanan dan rokok seperti yang dimintanya, kerana dia kelaparan.
Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalmai lebam di lengan kiri dan kedua belah paha serta kesan cakaran di pergelangan tangan kanan.
Setelah mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat pada jam 4.15 petang, hari yang sama.
Dalam laporan itu, mangsa mendakwa suspek adalah seorang yang panas baran dan penagih dadah. Polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3tCrukG
via IFTTT
No comments:
Post a Comment