loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 8, 2022

    'Air dale wad kanak² spita Mache' - Netizen kongsi gambar air keruh, Pengarah JKNK akui ada masalah gangguan bekalan air



    Tular di media sosial gambar paip di sebuah hospital mengeluarkan air tercemar yang kelihatan pekat seperti air kopi.  


    Menurut wanita yang memuat naik gambar itu berkata, kejadian itu berlaku di sebuah hospital di Kelantan. Namun ada netizen menuduh dia cuba menaburkan fitnah dengan niat memburukkan negeri itu. 




    Bagaimanapun, kesahihan dakwaan wanita itu terjawab apabila Jabatan kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) tampil memaklumkan bahawa, Hospital Machang mengalami gangguan bekalan air sejak kelmarin. 


    Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, gangguan bekalan air itu berlaku pada tangki utama hospital yang berpunca daripada kerosakkan loji rawatan air di Sungai Bagan Machang. 


    Bagi mengatasi masalah itu, pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menghantar bekalan air ke hospital tersebut dengan mengisi simpanan air di tangki simpanan utama hospital itu. 


    "Bekalan air sudah kembali pulih pada sebelah petang semalam secara berperingkat dan kadar keruhan air juga semakin pulih. 


    "Perkhidmatan dan pengurusan pesakit di dalam hospital tidak terganggu akibat kejadian permasalah air itu. JKNK merakamkan kekesalan di atas kesulitan yang dihadapi dan berterima kasih ke atas tindakan segera yang diambil oleh pihak Hospital Machang, Perkhidmatan Sokongan Hospital (Redicara) dan AKSB," katanya. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/povm4Ac
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment