loading...
  • Breaking News

    Wednesday, September 7, 2022

    'Tak perlulah kata seolah-olah kami hodoh, bodoh atau kotor' - Pemimpin UMNO cabar Mahathir masuk ke gelanggang PRU15



    Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi masuk ke gelanggang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 jika berasa UMNO itu parti jahat yang perlu ditewaskan. 


    Shahril berkata, Mahathir tidak sepatutnya memburukkan UMNO dengan kenyataan pemenjaraan Najib tidak akan membersihkan parti itu dari budaya rasuah yang telah menular ke akar umbinya, sedangkan parti itu pernah berjasa kepadanya. 


    "Jika Tun merasakan UMNO tetap jahat dan perlu ditewaskan, Tun bersainglah dalam gelanggang PRU nanti. 


    "Berilah pilihan kepada rakyat, itu hak Tun. Sepertimana hak kami untuk menawarkan diri sebagai parti yang menjanjikan kesetiaan dan kestabilan. 


    "Tak perlulah sampai mengata seolah-olah kami semua yang menjadi ahli UMNO ini hodoh, bodoh atau kotor," katanya. 


    Shahril mengakui kepimpinan Mahathir selaku perdana menteri bagi tempoh 22 tahun dulu meninggalkan kesan yang sangat mendalam tetapi memberi peringatan kepada Ahli Parlimen Langkawi itu bahawa parti UMNO juga yang menyumbang di sebalik kejayaannya itu. 


    "Saya faham Tun terkenal dengan lidah tajamnya baik di pentas tempatan atau antarabangsa. Tetapi harapan saya, selepas ini simpanlah sedikit kekasaran itu supaya tidak ditujukan sepenuhnya kepada institusi yang mana Tun pernah menjadi pemimpin dan ahlinya walaupun keluar masuk keluar masuk. 


    "Mungkin di sebalik kejayaan hidup Tun, ada juga saham dari institusi ini yang menyumbang," katanya. 


    Sumber: MalaysiaKini



    from The Reporter https://ift.tt/i6hYu2d
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment